Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 February, 2009

Lebih 1,000 penduduk saksikan 'Juntoi' di Pekan Engkilili




1.UNTUK ALBUM...Nyalau (tengah) bersama Rayong (kiri beliau) bersama para ketua kaum dan ahli persatuan dari daerah kecil Engkilili, Sri Aman bergambar kenangan sebelum bermulanya perarakan terbabit malam tadi.

2.FOKUS...Seorang peserta sedang bermeditasi di atas sebuah usungan yang diarak oleh para peserta lain ketika berlangsung perarakan besar-besaran di Pekan Engkilili malam tadi.

SRI AMAN, Khamis (5 Feb) – Lebih 1,000 penduduk membanjiri kawasan Pekan Engkilili untuk menyaksikan acara perarakan secara besar-besaran bersempena dengan sambutan perayaan Cap Goh Mei anjuran gabungan persatuan kaum Cina Engkilili lewat petang kelmarin.

Perarakan bersempena dengan perayaan Cap Goh Mei yang disertai lebih tujuh persatuan ini bermula dari kawasan Gerai Baru Majlis Daerah Lubok Antu / Engkilili bermula jam 6.30 petang kelmarin.

Dari kawasan gerai baru terbabit, kesemua peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan ini telah berarak mengelilingi Pekan Engkilili selama hampir dua jam sebelum mereka menuju ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Lubok Antu.

Kesemua peserta perarakan ini kemudiannya berpusing di kawasan Dewan Serbaguna Majlis Daerah Lubok Antu dan menuju pulang ke kawasan gerai baru menjelang jam 9 malam.

Bagaimanapun hujan turun dengan begitu lebat di akhir perarakan ini sehingga menyebabkan orang ramai yang membanjiri kawasan Pekan Engkilili ini bergegas mencari tempat berteduh masing-masing.

Perarakan besar-besaran bersempena dengan Perayaan Cap Goh Mei ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Sambutan perayaan Chap Goh Meh kali ini juga boleh dianggap unik kerana ianya bukan sahaja membabitkan penyertaan penduduk kaum Cina malahan penduduk kaum bumiputera yang lain.

Perarakan bersempena dengan sambutan perayaan Chap Goh Meh 2009 tiba pada tahap kemuncaknya apabila orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api yang menyerikan suasana malam acara perarakan ini selama 20 minit.

Seorang penduduk iaitu Morgan Alban @ Subramaniam Marimutu, 26, dari kawasan Nyakai, Sri Aman berpendapat bahawa acara perarakan bersempena sambutan perayaan Chap Goh Meh 2009 ini mampu menjadi daya tarikan utama pengunjung ke Pekan Engkilili pada masa akan datang.

“Moga-moga acara perarakan bersempena dengan sambutan perayaan Chap Goh Meh 2009 ini dapat diadakan semula dengan pembaharuan yang lebih menarik berbanding sebelumnya demi menarik pengunjung ke pekan ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment