Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 September, 2010

Wakil rakyat BN prihatin


Mugshot: HAJAH SIMOI HAJI PERI


SRI AMAN, Khamis (9 Sept) – Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin terhadap kebajikan hidup semua rakyat berbilang kaum dalam kawasan pentadbiran masing-masing selama ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Raya bertempat di Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu malam kelmarin.

Katanya ia terbukti apabila wakil rakyat sentiasa menyampaikan bantuan kebajikan kepada rakyat kurang berkemampuan acapkali menjelang perayaan utama mengikut etnik masing-masing pada setiap tahun.

“Walaupun sedikit ia menunjukkan bahawa wakil rakyat BN prihatin terhadap masalah kebajikan yang ditanggung oleh golongan fakir miskin, Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Ibu Tunggal tanpa mengira latar belakang agama dan kaum masing-masing.

“Rakyat harus bersyukur kerana wakil rakyat BN mempunyai tanggungjawab seperti ini. Saya tidak rasa rakyat di negara lain dapat menikmati keistimewaan yang mereka dapat dari ahli politik di kawasan mereka sendiri sebelum ini,” katanya.

Selain itu Simoi juga mahu semua rakyat berbilang kaum untuk melahirkan rasa syukur terhadap kesenangan hidup yang telah mereka perolehi daripada kerajaan BN semenjak 30 tahun dahulu hingga sekarang.

Kerajaan BN katanya telah membuktikan keupayaan mereka untuk mentransformasikan wajah pembangunan di seluruh pelusuk kawasan dalam negara ini khasnya di Sarawak dari segi ekonomi, politik dan sosial penduduk.

“Perlaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) merupakan salah usaha kerajaan BN untuk menaiktaraf hidup rakyat.

“Justeru saya meminta rakyat terus menyokong kerajaan BN untuk tujuan itu selepas ini. Fikirkanlah masa depan hidup anak cucu kita untuk tempoh 20 hingga 40 tahun akan datang,” menurut beliau.

Simoi menerusi majlis itu telah menyampaikan sumbangan peribadi wang raya kepada 80 orang fakir miskin, Ibu Tunggal, Warga Emas dan OKU dari Kampung Hulu, Kampung Tengah, Kampung Pasir Panas, Kampung Stawang.

Beliau juga sempat berbuka puasa dan menunaikan sembahyang tarawih bersama tetamu undangan khas, ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, kakitangan kerajaan dan penduduk tempatan menerusi majlis itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment