Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 September, 2010

Kelab Gimnasium Rakyat buat kunjungan raya ke rumah Saripah

Rakyat Palestin sedang berebut rebut memakan segala lauk di meja saripah termasuk kari kepala itit, burit ayam masak lemang, biji getah gulai pedas dan sambal baja tai ayam.

Isaac: "Hepp paha ayam tu aku chop!!"
Elison: "Nasi sama sotong di pinggang you tu aku chop jugak,"
Morgan: " Kepala itit ini aku chop aaa...,"

Brother: " Alamak habis lah favourite food aku dia
orang bedal,"
Adik: "Yalah bang, karipap i pun diaorang kebas,"

Isaac : "Ermmm nggaaaa..ermm...ngaaa...,"
Saripah: "Emppfhh ermmpfh,"


Lagi aksi adik manis ketika membancuh sirap

Anak tuan rumah kelihatan manis ketika membuka air beer..eh salah...air ice cream soda ketika berlangsungnya aktiviti ngabang pada program itu

Lakuang Ading: "Aku berasa gembira kerana dapat 'ngabang' sempena perayaan raya,"
Morgan Alban: "Ermm...aku ngabang demi perut,"

Elison (kiri) bersama Isaac sedang mengesan bau masakan kari alababas
yang datang dari dapur tuan rumah.

KAMI SUDAH KENYANG…Elison (dua kanan) bersama para ahli ketika melakukan kunjungan ke rumah Saripah (tengah) pada aktiviti terbabit malam tadi.


SRI AMAN, Rabu (15 Sept) – Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman menyahut seruan 1Malaysia daripada kerajaan apabila melakukan kunjungan Hari Raya Aidilfitri 2010 ke rumah dua orang pengguna tetap pusat kemudahan kecergasaan berkenaan malam tadi.

Rombongan Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman yang diketuai oleh timbalan pengerusinya, Elison anak Lingoh bersama enam orang ahli telah melakukan kunjungan pertama rumah seorang pengusaha makanan iaitu Saripah Lauyah di Kampung Tengah, Sri Aman pada jam 7.30 malam.

Ahli kelab yang terdiri daripada individu bukan muslim ini telah dilayan oleh Saripah bersama lima orang anak dan ayahnya sebelum dijemput untuk menjamu pelbagai kuih dan lauk yang dimasak oleh beliau sendiri sempena program berkenaan.

Setelah meluangkan masa selama setengah jam di kediaman Saripah Lauyah, para rombongan Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman kemudiannya berkunjung ke rumah seorang anggota polis Ibupejabat Polis Daerah Sri Aman iaitu Koperal Rahmat Mohd Pakir di Kampung Muhibah.

Di situ, para rombongan berkesempatan untuk beramah mesra dengan Rahmat dan keluarga sebelum program kunjungan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini tamat pada jam 9.30 malam.

Terdahulu Elison ketika ditemui memberitahu aktiviti kunjungan Hari Raya Aidilfitri ini merupakan yang pertama dilakukan oleh Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman semenjak ia ditubuhkan pada tahun lepas.

Matlamatnya menurut beliau adalah untuk mewujudkan hubungan perpaduan antara penduduk berbilang kaum dan agama yang sering memanfaatkan kemudahan kecergasaan di situ selama ini.

“Sebab itulah pusat Gimnasium Rakyat Sri Aman mempunyai nama lain iaitu Gimnasium 1Malaysia. Justeru pihak kelab mengambil kesempatan untuk melakukan kunjungan ini demi mengeratkan hubungan tali silaturahim dikalangan pengguna dari masa ke semasa,” katanya.

Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman juga pernah melakukan kunjungan perayaan raya ke kediaman jurulatih pusat berkenaan iaitu Yakob Zamahari di Taman Desa Indah dan ke kediaman Koperal Faizal Haini di Taman Pasir Panas, Sri Aman.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Timbalan Setiausaha Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman, Isaac Stalin anak Simon, artis rakaman syarikat Golden Pearl, Lakuang Ading, para ahli dan pengguna utama Pusat Gimnasium Rakyat Sri Aman yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment