Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 March, 2010

TBS sumbang RM2,443 kepada keluarga mangsa kebakaran kampung Muhibbah


Caption: PRIHATIN...Shamsul (kanan) sambil disaksikan oleh kakitangan TBS dan BSMM yang lain menyerahkan bantuan kepada mangsa iaitu Rahman (kiri) di sini baru-baru ini.

ORIGINAL NEWS AND PIC BY BAITULMAL FROM E-MAIL

SRI AMAN, Selasa (2 Mac) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah tampil menghulurkan bantuan kewangan kepada sebuah keluarga dari Kampung Muhibah Sri Aman yang ditimpa musibah akibat kejadian kebakaran di situ pada 28 Februari lalu.

Keluarga malang terbabit iaitu Abdul Rahman Haji Ramli telah menerima bantuan kewangan bernilai RM2,443 daripada pihak TBS cawangan Sri Aman menerusi sebuah majlis sederhana bersama pihak Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman baru-baru ini.

Ketua Pejabat TBS cawangan Sri Aman, Shamsul Bahri bin Manap ketika ditemui berkata pihaknya juga turut menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan sekolah untuk kegunaan anak keluarga mangsa terbabit.

“Bantuan ini menunjukkan bahawa TBS berperanan sebagai salah satu agensi pelengkap kerajaan dalam meringankan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk terutamanya mereka yang beragama Islam selama ini.

“Justeru saya bagi pihak TBS cawangan Sri Aman ingin melahirkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap keprihatinan penduduk tempatan dalam bandar ini kerana mengetahui peranan kita,” menurut beliau.

Selain itu Shamsul turut menyeru kesemua penduduk khasnya umat Islam dalam bandar ini untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga Abdul Rahman demi mengurangkan bebanan mereka selepas ini.

Terdahulu Abdul Rahman, 50, bersama lima orang ahli keluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah papan yang mereka diami selama ini musnah dijilat api menerusi kejadian yang berlaku sekitar jam 7.30 pagi pada hari Ahad lalu.

Mangsa yang mendakwa api mula muncul dari kawasan dapur rumahnya itu hanya mampu menyelamatkan beberapa dokumen penting sehingga rumah mereka musnah sepenuhnya setengah jam kemudian.

Tamat.


No comments:

Post a Comment