Caption; MERIAH...Kelibat para pengunjung yang berada di gerai permainan dalam Fun Fair Sri Aman malam tadi.
SRI AMAN, Isnin (1 Mac) – Pesta Ria atau lebih dikenali Fun Fair Sri Aman telah menamatkan operasinya secara rasmi di tapak Pasar Tamu Lama berdekatan Perhentian Bas Sarawak Transport Corporation (STC) pada malam tadi.
Fun Fair Sri Aman yang memulakan operasi semenjak 9 Februari lalu ternyata telah berjaya menarik kedatangan ribuan orang pengunjung dari sekitar bandar ini yang mahu menyaksikan persembahan nyanyian dari pelbagai artis rakaman dari negeri ini.
Malahan para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati permainan Roda Gergasi, Top Gun, Rumah Hantu, Swinging Car, Kereta Langgar (bumping car) dan pelbagai lagi permainan menarik yang lain.
Menjelang penutupannya pada malam tadi, tinjauan rambang oleh Utusan Sarawak mendapati bahawa Fun Fair Sri Aman menerima kadar jumlah kunjungan orang ramai yang lebih biasa berbanding sebelumnya walaupun hujan lebat turun buat sementara waktu malam tadi.
Menerusi persembahan nyanyian lagu oleh dua orang artis rakaman tempatan iaitu Swaylin dan Manca, rata-rata para penduduk dilihat semua ahli keluarga masing-masing untuk menikmati malam terakhir sambutan Fun Fair Sri Aman malam tadi.
“Sambutan terhadap Fun Fair Sri Aman sememangnya cukup luar biasa pada malam tadi. Ini menunjukkan bahawa para penduduk Sri Aman gemar meluangkan masa untuk sama-sama meraikan penganjuran pesta terbabit pada setiap tahun.
“Kami akan kembali semula pada tahun hadapan jika tiada aral melintang berdasarkan kepada kadar sambutan ini,” menurut jurucakap penganjur pesta ketika ditemui malam tadi.
Beliau yang dikenali sebagai Ijam menambah bahawa pihak Fun Fair terbabit akan memulakan operasinya di kawasan Batu 6 ½ Kuching bermula 12 Februari ini nanti.
Bagaimanapun faktor penganjuran perarakan bersempena dengan sambutan Pesta Cap Goh Mei Peringkat Bahagian Sri Aman 2010 yang berlangsung di bandar ini malam tadi dipercayai menjadi faktor kepada peningkatan kadar sambutan pengunjung terhadap fun fair berkenaan.
Tamat.

No comments:
Post a Comment