Caption: MENARIK...Gambar menunjukkan fenomena Benak yang sedang menyusuri Sungai Batang Sadong, Simunjan kelmarin.
ORIGINAL NEWS N PIC BY ABANG NAIM ABANG PAUZI THROUGH EMAIL.
SIMUNJAN, Rabu (3 Mac) – Mungkinkah Pekan Simunjan berpotensi untuk dijadikan sebagai lokasi penganjuran Pesta Benak II (2) dalam negeri ini selain daripada penganjurannya di Bandar Sri Aman?
Tanda tanya terbabit timbul apabila fenomena Benak juga sering menyusuri Sungai Batang Sadong di Simunjan selain daripada menyusuri Sungai Batang Lupar di Sri Aman selama ini.
Utusan Sarawak sambil ditemani oleh seorang penduduk iaitu Abang Naim Abang Pauzi berkesempatan untuk menyaksikan fenomena Benak yang menyusuri Sungai Batang Sadong berdekatan dengan Pekan Simunjan bermula jam 3 petang kelmarin.
Dengan gelombang ketinggian mencapai aras melebihi dua meter, fenomena terbabit dilihat telah menarik tumpuan ratusan orang penduduk di Pekan Simunjan yang sememangnya menantikan kedatangan fenomena berkenaan selama ini.
“Mungkin populariti Benak di Sungai Batang Sadong mungkin tidak setanding dengan Benak di Sungai Batang Lupar Sri Aman.
“Bagaimanapun pokoknya di sini ialah Sungai Batang Sadong, Simunjan juga mempunyai Benak. Justeru adalah amat wajar sekiranya pemerhati di sini mengutarakan idea perlu adanya penganjuran Pesta Benak II di Pekan Simunjan selepas ini,” kata Abang Naim.
Fenomena Benak di Sungai Batang Sadong, Simunjan menurut beliau juga boleh dijadikan sebagai produk perlancongan di Sarawak sekiranya kerajaan komited melakukan usaha berkenaan selepas ini.
Beliau percaya Pekan Simunjan akan menjadi lebih maju selepas ini sekiranya diadakan penganjuran Pesta Benak II atau pelbagai aktiviti menarik terutamanya regatta di sini pada masa akan datang.
“Siapa tahu fenomena Benak di sini (Sungai Batang Sadong) boleh memacu proses pembangunan Pekan Simunjan dengan lebih pesat pada masa akan datang? Jika demikian Sarawak mungkin mempunyai dua produk perlancongan Benak dalam negeri ini di masa akan datang,” katanya.
Tamat.
bagus tok. Harap ada info lagik berkenaan dengan Benak di Batang Sadong.. Ne tauk pada masa hadapan Batang Sadong akan jadi antara pusat pelancongan yang terkenal. Di kawasan , Batang Sadong (dari Ulu ke hilir) banyak juak tapak arkeologi di sia antaranya; Gedong, Benat, Kpg. Lebor, Senangeh.
ReplyDelete