Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 September, 2010

Usaha bangunkan jelapang padi Sri Aman diteruskan - Rohani


Caption: MASIH DITERUSKAN...Rohani (kiri) ketika mengumumkan usaha kerajaan tentang projek jelapang padi di Sri Aman pada sidang media berkenaan.

SRI AMAN, Sabtu (18 Sept) - Usaha untuk membangunkan kawasan Stumbin / Bijat dan Lingga / Banting di Sri Aman sebagai jelapang padi negara masih lagi diteruskan pada masa sekarang kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim.

Menurut beliau usaha untuk membangunkan kedua-dua kawasan berkenaan sebagai jelapang padi negara masih lagi ditumpukan terhadap penyediaan kemudahan infrastruktur di situ.

“Perlaksanaan projek jelapang padi negara di kawasan Stumbin / Bijat masih berlangsung dalam proses yang lambat berikutan beberapa masalah tenikal yang perlu diberi perhatian serius dan diselesai dengan berkesan.

“Kesemua aspek berkenaan perlu dimasukkan dalam spesifikasi projek yang dilaksanakan oleh jabatan berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya.

Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan kunjungan Perayaan Hari Raya Aidilfitri ke Kampung Sembau, Sri Aman kelmarin.

Selain itu perlaksanaan projek jelapang padi negara di kawasan Lingga / Banting kata Rohani telah berjalan lancar dan berharap usaha penanaman padi di situ dapat dimulakan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Batang Lupar turut memberitahu projek Stesen Pengeluaran Benih Padi Sah di Stumbin juga sedang dalam proses perlaksanaan.

“Pihak kita sedang berusaha untuk membina kompleks pemprosesan benih padi yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Oleh itu saya amat yakin projek jelapang padi nanti bakal mempercepatkan pembangunan di kedua-dua kawasan berkenaan,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment