Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 September, 2010

Tiga sasaran pembangunan Sri Aman menanti rakyat - Harden



Caption:

1. RASMI...Harden sedang memalu gong sambil disaksikan oleh Shamshuddin, Temenggung Haji Bujang, Bujang Mudin dan tetamu yang lain ketika berlangsungnya majlis itu.

2. UNTUK ALBUM...Harden (duduk empat kiri) bersama Shamshuddin (kanan) dan tetamu yang lain merakam gambar kenangan ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (20 Sept) – Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis mahu penduduk Sri Aman bersiap sedia untuk menghadapi cabaran bagi mencapai tiga matlamat utama dalam memajukan wilayah ini menjelang tahun 2020 kelak.

Tiga matlamat penting menurut beliau adalah menjadikan Sri Aman sebagai Wilayah Pertanian Komersial, Wilayah Hab Pengeluaran Makanan dan Wilayah Pelancongan Alam Semulajadi menjelang tahun 2020 ini nanti.

“Semua pihak termasuk penduduk harus menjadikan ketiga-tiga matlamat ini menjadi kenyataan menjelang tahun 2020 atau setidak-tidaknya menjelang tahun 2030 yang akan datang.

“Para wakil rakyat juga akan bekerjasama dengan jabatan kerajaan, agensi swasta dan ketua kaum dalam kawasan Sri Aman untuk memastikan ketiga-tiga matlamat ini tercapai. Kita mahu ekonomi Sri Aman dipertingkat sejajar dengan perlaksanaan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) di wilayah tengah Sarawak,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Berambeh Hari Raya Bersama Pemimpin 2010 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Sebagai langkah permulaan untuk menjayakan pencapaian matlamat ini, pihak kerajaan kata beliau telah menganjur pelbagai aktiviti bercorak sosioekonomi di Sri Aman antaranya ialah Pesta Benak, Pesta Ikan Bulu, Perarakan Cap Goh Mei, Pesta Pantu dan banyak lagi.

“Selain mempertingkatkan sosioekonomi penduduk, penganjuran aktiviti seumpama ini secara tidak langsung juga dapat menyatupadukan penduduk Sri Aman menerusi perlaksanaan konsep 1Malaysia.

“Justeru saya mahu semua penduduk bekerjasama menjayakan usaha ini untuk menjadikan Sri Aman sebagai wilayah contoh dalam melaksanakan Konsep 1Malaysia dikalangan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji dan timbalannya, Felicia Tan, Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Haji Mudin, Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai, para ketua kaum dan kakitangan jabatan kerajaan di sini.

Program Berambeh Hari Raya Bersama Pemimpin 2010 yang bermula sekitar jam 9 pagi di Dewan Suarah Sri Aman diserikan dengan pembabitan sebanyak 10 buah agensi kerajaan, persatuan dan parti politik Barisan Nasional dalam aktiviti kaunter gerai raya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment