Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 September, 2010

Jangan undi calon bukan local kata Rayong


Caption: TERIMA KASIH...Rayong (kiri) menerima cenderamata daripada Tr Brown sambil disaksikan oleh Mong (tengah), Nyalau (dua kiri) dan Mujah (kiri sekali) pada majlis tersebut.


ENGKILILI, Rabu (22 Sept) – Rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili tidak perlu mencari calon anak tempatan untuk bertanding di kawasan ini menjelang pilihan raya negeri kelak.

ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata dirinya sudah cukup untuk disokong oleh rakyat untuk menjadi calon dalam bertanding mempertahankan kerusi DUN ini tanpa adanya calon lain selepas ini.

“Ini merupakan sebab utama saya untuk bertanding merebut kerusi DUN Engkilili daripada Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan tiket Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada tahun 2006 dahulu memandangkan rakyat di kawasan Engkilili mahu calon anak tempatan dan bukan orang luar.

“Niat saya ketika itu sebenarnya bukan mahu menentang BN tapi hanya mahu menentang calon mereka (orang luar). Saya bergadai nyawa demi memastikan niat rakyat DUN Engkilili ditunaikan dan hasilnya ialah saya menjadi ADUN untuk kawasan ini pada masa sekarang,” menurut beliau.

Beliau juga berkata dia terus menyertai perjuangan BN sebaik sahaja menumpaskan calon BN – Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) iaitu Johnatan Krai Pilo pada pilihan raya negeri 2006 sebagai bukti komitmen asalnya terhadap perjuangan sebenar dirinya ketika itu.

Rayong berkata demikian ketika berucap pada Program 1Malaysia Bersama Pemimpin bertempat di Rumah Brown anak Jenging, Tabau, Ulu Skrang, dalam daerah kecil Engkilil, Sri Aman kelmarin.

Beliau juga mendakwa bakal calon pembangkang kini sudah mula berkempen di kawasan Ulu Skrang dengan niat menjadikan isu jalan raya di situ sebagai senjata politik mereka pada pilihan raya negeri ini kelak.

“Saya difahamkan bahawa bakal calon pembangkang terbabit bukan berasal dari kawasan DUN Engkilili. Justeru tiada sebab bagi rakyat dalam DUN Engkilili mahu menyokong calon bukan anak tempatan lebih-lebih lagi apabila calon terbabit adalah pihak pembangkang,” katanya.

Rayong menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Brown dan RM2,000 kepada biro wanita rumah panjang terbabit.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pertanian, Mong anak Dagang, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie, Pegawai JASA Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi dan Pegawai JASA Parlimen Lubok Antu, Jeoffery Baja Ricky Maba.

Terdahulu bakal calon Parti KeAdilan Rakyat (PKR) iaitu Angela Jabing dari Bukong, Engkilili bersama suaminya Baginda Minda dikhabarkan sedang giat melaksanakan kempen untuk meraih sokongan rakyat dari kawasan Murat, Entalau, Nanga Tebat dan Sungai Pinang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment