Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 September, 2010

Hanya ada 11 KOBERA di Sarawak: tubuh banyak lagi kata Rohani


Caption: UNTUK ALBUM...Rohani (empat kiri) bergambar kenangan bersama Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji (tiga kanan) dan tetamu khas yang lain ketika berlangsung kunjungan raya di Kampung Sembau hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (18 Sept) – Para Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) di Sarawak digesa untuk menubuhkan dengan segera Koperasi Bela Rakyat atau KOBERA di kawasan masing-masing selepas ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim berkata ia penting bagi membolehkan KOBERA membantu mempertingkatkan taraf ekonomi golongan sasar yang telah tersenarai dalam sistem E-Kasih selepas ini.

“Setakat ini terdapat 71 buah KOBERA telah ditubuhkan dalam setiap kawasan DUN di negara ini dan 11 daripada jumlah keseluruhan ini telah ditubuhkan dalam kawasan DUN Sarawak.

“Oleh itu untuk mengalakkan penubuhan lebih banyak KOBERA di kawasan DUN dalam negeri ini maka pihak kementerian menyatakan kesediaan untuk menghulurkan dana permulaan bagi tujuan itu,” katanya.

Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar memberitahu penduduk lebih berpeluang untuk menceburi aktiviti perniagaan pertanian, program inap desa dan banyak lagi sekiranya KOBERA dapat ditubuhkan dalam setiap kawasan DUN selepas ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan kunjungan Perayaan Hari Raya Aidilfitri ke Kampung Sembau, Sri Aman hari ini.

Selain itu pihak kementerian menurut beliau juga sedang mensasarkan penubuhan sebanyak 1,000 buah koperasi dalam negeri Sarawak menjelang tahun 2013 ini manakala 10,000 buah lagi bagi peringkat seluruh negara.

“Untuk pengetahuan anda setakat hanya terdapat 7,000 buah koperasi dalam semua negeri di Malaysia dan 624 buah daripada jumlah keseluruhan ini ialah koperasi yang beroperasi di Sarawak.

“Kita mahu lebih banyak koperasi ditubuhkan di Sarawak. Justeru saya menyarankan kepada semua ahli koperasi supaya terus mengikuti kursus koperasi di Maktab Kerjsama Malaysia selepas ini,” katanya.

Ia tambah Rohani amat penting demi membolehkan setiap ahli mempunyai ilmu dalam mengurus serta menentukan hala tuju koperasi bagi menyumbang terhadap kemajuan sesebuah koperasi itu sendiri.

Tamat.

No comments:

Post a Comment