Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 September, 2010

BN komited naiktaraf pendidikan di Betong - Jabu

BETONG, Isnin (13 Sept) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat menitikberatkan taraf pendidikan di kawasan Betong dengan adanya pelan pembinaan politeknik di situ sebelum ini.

Justeru Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berharap agar pelan pembinaan politeknik berkenaan dalam diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) ini nanti.

“Usaha pembinaan politeknik di Betong dianggap amat penting bagi mewujudkan golongan penduduk Betong berilmu sesuai dengan hasrat kita untuk mempertingkatkan lagi taraf kemajuan mereka di masa akan datang.

“Malahan pelan ini juga selaras dengan rancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 kelak. Malahan kita juga menyasarkan golongan penduduk berpendapatan tinggi pada tahun itu menerusi usaha ini,” katanya.

Jabu yang juga Menteri Permodenan Pertanian berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Raya Bersama Pemimpin anjuran JKKK dan Ranting PBB kampung Masjid Betong di situ kelmarin.

Selain itu Kampung Melayu Betong menerusi ketua kampungnya menurut beliau telah berjaya menepati Keys Performance Indeks (KPI) apabila seramai 24 orang graduan berjaya dilahirkan di kampung itu.

Oleh yang demikian Jabu mahu jumlah graduan dari Kampung Melayu Betong ini terus bertambah dari tahun ke tahun demi mewujudkan lebih ramai golongan modal insan berkualiti pada masa akan datang.

Terdahulu beliau pada majlis itu menyampaikan cek bernilai RM18,900 kepada 63 buah keluarga dari Kampung Masjid Betong. Jabu juga turut mengumumkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada JKKK Kampung Masjid Betong manakala RM15,000 untuk menaiktaraf gelanggang permainan di kampung tersebut.

Turut berlangsung pada majlis itu ialah majlis penyampaian insentif galakan pelajar cemerlang, penyampaian sumbangan kebajikan dan penyampaian hadiah pertandingan Hiasan Lampu (elektrik).

Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat anak Entering, Senator Dato Sri Empiang Jabu, Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel, para ketua jabatan, ketua kaum, pengerusi persatuan dan wakil agensi dari sekitar Betong.

Uggah yang hadir pada majlis itu turut mengumumkan peruntukan MRP bernilai RM5,000 kepada JKKK berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment