Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 September, 2010

400 penduduk Kampung Melayu Betong meriahkan raya


Caption: TAHNIAH...Penghulu Zawawie (kanan) sedang menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan tandak kanak-kanak ketika berlangsungnya majlis berkenaan.


Saleman Senin


BETONG, Sabtu (18 Sept) – Majlis Malam Mesra Raya 2010 yang berlangsung di Gelanggang Permainan Kampung Masjid Betong telah dimeriahkan dengan kehadiran seramai 400 orang penduduk di situ baru-baru ini.

Majlis anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan kerjasama ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Masjid Betong itu telah pun dirasmikan oleh Penghulu Kampung Melayu Betong, Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit.

Zawawie menerusi majlis itu telah menasihatkan penduduk kampung agar sentiasa menyemai kerjasama dan berpasukan dalam merealisasikan pembangunan serta kemajuan kampung dari masa ke semasa.

“Program ini merupakan hasil buah fikiran anak-anak kampung dalam mewujudkan perpaduan dikalangan penduduk menerusi perlaksanaan aktiviti kampung yang secara dirancang bersama. Jika diteruskan selepas maka ia sudah pasti dapat memberi faedah terhadap kemajuan kampung kita,” katanya.

Beliau juga mahu penduduk mengelak pertelingkahan dikalangan diri masing-masing berhubung isu sensitif kerana dikhuatiri bakal memberikan kesan yang menjurus kepada perpecahan.

Justeru itu Zawawie berharap agar penduduk kampung bekerjasama untuk mempertingkatkan hubyungan perpaduan dikalangan generasi muda yang akan datang dengan memberi didikan yang sempurna kepada mereka selepas ini.

Terdahulu Siti Norsanasiah Mohd Aderus muncul juara Pertandingan Karaoke Kanak-Kanak 12 Tahun Kebawah manakala Dayang Melisa dan Noshafiq bin Jamari pula muncul pemenang tempat kedua dan ketiga dalam kategori itu.

Pertandingan Bertandak bagi Kategori Kanak-Kanak dimenangi oleh pasangan Adeel Nazhim bin Ismail dan Ayu Najiha Ismail manakala pasangan Siti Norsanasiah Mohd Aderus dan Norhafiq bin Jamari muncul pemenang tempat kedua sambil diikuti oleh pasangan Dayang Malisa dan Adik Nurul Husna Taib di tempat ketiga.

Manakala itu Kategori Dewasa pula dimenangi oleh pasangan Den bin Mang dan Mohiden bin Amit. Tempat kedua pula dimenangi oleh pasangan Gasi Haji Anga dan Morini bin Karim manakala kedudukan tempat ketiga dimenangi oleh pasangan Sulong bin Unai dan Morni bin Mat.

Hadir sama Ketua Kampung Baru Hulu Betong, Wan Ahmed bin Wan Chee, Ketua Kampung Hilir Betong, Segara bin Dukari, Ketua Ranting PBB Kampung Baru Betong, Abdul Rahim Haji Jaini, Ketua Kampung Masjid Betong, Hajah Rasidah Haji Julaihi dan Ketua Ranting PBB Kampung Masjid Betong, Abang Suhaili bin Abang Pay.

Tamat.

No comments:

Post a Comment