Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 March, 2010

Tuai Rumah perlu bantu anak buah daftar e-kasih - Nyalau


Caption: TAHNIAH...Nyalau (duduk lima kanan) dan Dr Rayong (duduk enam kanan) bergambar beramai-ramai dengan ketua masyarakat yang menerima surat perlantikan tuai rumah.


ENGKILILI, Jumaat (19 Mac) – Tuai Rumah harus memastikan agar penghuni rumah panjang yang berkelayakan untuk menerima bantuan e-kasih daripada kerajaan selepas ini demikian Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Menurut beliau perkara terbabit harus diketahuai oleh tuai rumah dan ketua kampung untuk memudahkan kerajaan mencapai sasaran dengan menyenaraikan mereka yang berkelayakkan untuk mendapat bantuan terbabit.

“Syarat-syarat yang terkandung dalam sijil perlantikan tuai-tuai rumah dan kampung itu perlu dipatuhi oleh anda semua supaya rumah panjang dan kampung yang anda tadbir akan berjalan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Perlantikan Ketua-Ketua Kaum di Dewan Majlis Daerah Lubok Antu di Pekan Engkilili baru-baru ini.

Disamping itu Tuai Rumah atau Ketua Kampung yang dilantik akan dilanjutkan tempoh perkhidmatannya selama empat tahun lagi sekiranya mereka mempunyai prestasi kerja yang baik tanpa ada sebarang kesalahan.

“Tuai rumah juga perlu lebih aktif bergaul dengan para ketua jabatan kerajaan demi memudahkan pelbagai urusan yang perlu dilaksanakan bersama penduduk tempatan dari masa ke semasa.

“Sebab itu ketua kaum termasuk Tuai Rumah perlu melaksanakan peranan mereka dan sentiasa menyakinkan penduduk untuk menyokong program yang dilaksanakan oleh jabatan kerajaan selepas ini,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong anak Ngipa dan para ketua jabatan kerajaan di sekitar Lubok Antu. Lebih 100 orang tuai rumah dan kampung menerima surat perlantikan itu.

Tamat....

No comments:

Post a Comment