Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 March, 2010

TopGear juara perarakan Maulidur Rasul


UNTUK ALBUM...Kelab TopGear Motorsport Sri Aman merakamkan gambar kenang-kenangan sebaik sahaja dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Sepanduk bersempena dengan Perarakan Maulidur Rasul 1431H / 2010M Peringkat Negeri yang berlangsung di Padang Lama, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sri Aman pada 26 Februari lalu. Kelab TopGear memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 beserta dengan sijil dalam pertandingan tersebut. Seramai 25 orang ahli Kelab TopGear Motorsport Sri Aman telah melibatkan diri dalam pertandingan berkenaan. Perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul ini membabitkan sejumlah 5,000 peserta daripada 122 kontinjen. Turut kelihatan dalam gambar ialah Pengerusi Kelab TopGear Motorsport Sri Aman, Awang Zainuddin Awang Ahmad (empat dari kiri). - 4 Mac


No comments:

Post a Comment