Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 March, 2010

Tiada paksaan untuk rakyat join program pertanian komersial, Harden


Caption: ADAT...(Dari kanan) Nyalau, Harden, Rayong, Nansian, Nyarok dan Umek ketika menyempurnakan upacara miring pada majlis berkenaan kelmarin.

ENGKILILI, Ahad (7 Mac) – Kerajaan tidak memaksa penduduk untuk menyerahkan tanah mereka bagi tujuan projek pertanian secara komersial selama ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Kerajaan menurut beliau sebaliknya memberi peluang kepada pemilik tanah berfikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan sama ada setuju untuk menyertai projek pertanian komersial atau tidak sebelum ini.

“Bagaimanapun harus wujud situasama sama-rata antara pihak pemaju dengan pemilik tanah berhubung projek pertanian secara komersial yang mahu dilaksanakan terhadap mereka selepas ini.

“Apa yang pastinya di sini ialah kerajaan mahu taraf hidup penduduk dipertingkatkan menerusi projek pertanian komersial di atas tanah mereka seperti penanaman getah, sawit, lada dan sebagainya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Simanggang) berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Berandau Nanam Getah di kawasan Lemanak,Lubok Antu bertempat di Rumah Dimbab, Serubah Ili, Engkilili kelmarin.

Pada masa yang sama apabila projek terbabit berjaya dilaksanakan secara automatik maka kemudahan infrastruktur terutamanya jalan raya menurut Harden akan terus dibina selepas itu.

“Dengan kata lain perlaksanaan projek pertanian secara komersial di sesebuah kawasan secara tidak langsung akan mengubah wajah pembangunan di kawasan penduduk itu sendiri.

“Justeru saya mahu semua penduduk iaitu pemilik tanah untuk lebih jauh berpandangan ke hadapan berhubung usaha kerajaan untuk melaksanakan projek pertanian secara komersial terhadap kawasan tanah masing-masing selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi), Datuk Peter Nyarok anak Entrie, Menteri Muda Alam Sekitar, Datuk Peter Nansian Ngusie, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak, Peter Umak.

Sejumlah 1,600 hektar tanah di kawasan Lemanak akan dimajukan dengan perlaksanaan projek penanaman getah menerusi Program Mini Estate Getah selepas ini. 21 buah rumah panjang dari sekitar kawasan Lemanak hadir pada majlis tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment