Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 March, 2010

PPP tak respect BN sarawak - Harden


Caption: TAHNIAH...Harden (kanan) menyampaikan hadiah insentif kepada seorang penerima (kiri) sambil disaksikan oleh Benjamin (tengah) ketika berlangsungnya majlis malam tadi.

SRI AMAN, Ahad (7 Mac) – Hasrat Parti Progresif Penduduk (PPP) yang cuba melebarkan sayap partinya ke dalam negeri ini seolah-olah mengambarkan bahawa komponen parti Barisan Nasional (BN) Sarawak gagal melaksanakan khidmatnya dengan baik terhadap penduduk di sini kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Terdahulu Presiden PPP Datuk M. Kayveas menerusi kenyataan di laman web sarawakupdate.com sebelum ini menyifatkan bahawa kenyataan barisan pemimpin BN Sarawak adalah ‘bodoh’ dan datang dari ahli politik amateur yang membantah kemasukan PPP ke dalam negeri ini.

“Sedangkan UMNO, parti komponen BN terbesar di negara ini berjanji tidak akan melebarkan sayap partinya ke Sarawak jangan katakan pula PPP (komponen parti BN yang kecil).

“Telah wujud semangat setiakawan yang kukuh antara BN Sarawak dan Semenanjung Malaysia selama ini. Justeru saya meminta beliau (Kayveas) agar tidak merosakkan hubungan ini memandangkan mereka juga merupakan salah satu komponen parti BN dalam negara ini,”katanya.

Harden juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam JKKK Kampung Resak Jalan Datuk Tawi Sli di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu katanya BN Sarawak yang merangkumi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) telah membuktikan kecemerlangan kerajaan dalam menerajui pembangunan negeri ini sebelumnya.

“Saya berpendapat bahawa Kayveas perlu bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda PPP iaitu Datuk T Murugiah yang bersetuju agar PPP tidak masuk ke dalam negeri ini memandangkan komponen BN Sarawak sudah cukup kuat dan tidak memerlukan kemasukan parti ke-5 di sini.

“Lagipun anda fikir kerusi DUN atau parlimen manakah yang mereka mahukan di sini (Sarawak)? Saya percaya pemimpin tertinggi BN tidak akan membenarkan mereka berbuat demikian,” katanya.

Justeru Harden menasihatkan penduduk agar berfikir dua kali sebelum berhasrat menyertai PPP (sekiranya masuk ke sini) memandangkan komponen parti BN di Sarawak sudah menyediakan ruang untuk mereka menyertai aktiviti politik selama ini.

Terdahulu beliau pada majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 kepada JKKK Kampung Resak Jalan Tawi Sli. Hadir sama ialah Pengerusi JKKK Kampung Resa Jalan Tawi Sli, Benjamin Timban, Ex- Temenggung Michael Pilo dan para AJK JKKK yang lain.

Turut berlangsung pada majlis itu ialah majlis penyampaian insentif pelajar cemerlang, penyampaian cenderahati kepada mendiang balu Micheal Edward (bekas naib pengerusi JKKK), persembahan lagu sponsor dan cabutan tiket bertuah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment