Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 March, 2010

PPD Sri Aman nafi guru pulau pelajar


Caption: PANAS...Keratan akhbar Utusan Sarawak bertarikh 17 Mac menunjukkan berita mengenai isu hukuman cubit oleh seorang guru terhadap pelajar.

SRI AMAN, Rabu (17 Mac) – Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sri Aman menafikan tindakan seorang guru yang memulau sesi pembelajaran seorang pelajar tingkatan lima dari sebuah sekolah menengah dalam bandar Sri Aman sepertimana yang didakwa oleh seorang bapa dalam sebuah akhbar tempatan hari ini.

Terdahulu seorang bapa tampil menemui Utusan Sarawak kelmarin berhubung dakwaan mengenai tindakan seorang ustazah (guru) dari sekolah menengah dalam bandar ini yang mencubit kedua-dua anaknya sebagai tindakan hukuman disiplin di sekolah terbabit pada 9 Mac lalu.

Si bapa juga turut mendakwa bahawa guru ustazah berkenaan memulau sesi pembelajaran seorang anak lelakinya yang menuntut di tingkatan 5 dalam sekolah menengah yang sama sebaik sahaja kes terbabit dibawa oleh pengadu ke PPD Sri Aman untuk tujuan tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan kami berhubung isu berkenaan sebelum ini mendapati bahawa guru ustazah terbabit tidak memulau sesi pembelajaran anak lelaki kepada si pengadu terbabit sepertimana yang didakwa oleh beliau dalam akhbar hari ini.

“Segalanya masih berjalan lancar. Guru ustazah berkenaan memberitahu bahawa semua pelajar muslim masih menjalani sesi pembelajaran seperti biasa dalam kelas agamanya sehingga sekarang,” menurut Pegawai PPD Sri Aman, Walter Lamat Kiyai bercakap pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Bagaimanapun pihaknya menurut beliau telah menasihati guru ustazah terbabit agar mematuhi Standart Operation Procedures (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran sekiranya mahu memberi hukuman disiplin terhadap para pelajar selepas ini.

Pihak PPD Sri Aman menurut Walter juga mendapati bahawa guru ustazah terbabit telah melaksanakan kewajipan dengan penuh komitmen sambil mematuhi tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah untuk mendidik pelajar sekolah berkenaan.

“Guru terbabit telah berjanji untuk mematuhi SOP dan peraturan sekolah selepas ini. Justeru pihak PPD Sri Aman akan mengadakan pertemuan dengan ibubapa pelajar, guru ustazah terbabit dan pengetua sekolah untuk membincangkan hal berkenaan pada 22 Mac ini,” menurutnya.

Sementara si bapa ketika dihubungi Utusan Sarawak telah menyatakan persetujuannya untuk menghadiri pertemuan yang dicadangkan oleh pihak PPD Sri Aman bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu berkenaan.

“Pertemuan sememangnya wajar diadakan. Menerusi pertemuan ini saya dan isteri akan dapat mengenalpasti punca sebenarnya terhadap masalah yang terjadi di antara anak saya dan guru terbabit,” katanya.



Tamat.

3 comments:

  1. jelas kenyataan yang salah secara total yang dikeluarkan oleh bapa pelajar terbabit dalam akhbar ini semalam...semalam cakap lain hari ini cakap lain...boleh percayakah kepada Guru Besar ini!

    ReplyDelete
  2. apalah komen I ni, tak tau baca paper ke ? kalau tak tau perga belajar dengan ustazah sombong tu, biar kena cubit juga atau komen I ni ada kena mengena dengan ustazah tersebut; atau sama kampung kot. Tak tau beza kenyataan PPD dan kenyataan si bapa. Jangan marah ya nanti kena jual kan naya tu.

    ReplyDelete
  3. jangan nganok guru besar jak. Bukannya guru besar ya molah kenyataan ya tapi PPD. Jangan nganok urang mun sik tau cerita sebenar, memang terbukti cikgu agama ya bersalah, mak bapa budak ya ada bukti bah. Nasib baik urang sik melapor ngan polis atau JKM. Baru padan muka ustazah ya.

    ReplyDelete