Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 March, 2010

Penduduk Kampung Hilir minta jalan rosak dibaiki




Caption: PERLU PERHATIAN...Kerosakan jalan raya di Kampung Hilir Sri Aman perlu diperbaiki segera oleh pihak berwajib selepas ini.



SRI AMAN, Khamis (4 Mac) – Penduduk dari kawasan Kampung Hilir kini berdepan dengan masalah kerosakan jalan raya yang berlaku di kampung berkenaan semenjak enam bulan lalu.

Tinjauan rambang oleh Utusan Sarawak hari ini mendapati bahawa kerosakan berupa jalan ‘retak’ dan berlubang itu berlaku di dua buah kawasan laluan dalam perkampung berkenaan.

Ketua Kampung Masjid Baru, Abang Noren bin Abang Naruddin ketika dihubungi berkata kerosakan berkenaan dipercayai berpunca daripada lori yang sering mengangkut pasir dan batu ke kawasan Lingga sebelum ini.

“Pengguna kenderaan termasuk kereta dan motorsikal terpaksa memasuki lorong lain ketika melalui laluan jalan rosak berkenaan demi mengelakkan kerosakan pada kenderaan masing-masing.

“Keadaan ini sudah semestinya amat sukar memandangkan ia menyumbang kepada masalah kesesakan lalulintas secara sementara di laluan jalan Kampung Hilr Sri Aman selepas ini,” katanya.

Kerosakan laluan jalan raya di situ menurut beliau juga pernah menyumbang kepada beberapa buah kes kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motorsikal dari kampung tersebut.

Justeru Noren berharap agar pihak berkuasa tempatan dapat membaikpulih kerosakan yang berlaku di sepanjang laluan jalan Kampung Hilir Sri Aman dengan segera selepas ini demi kebaikan semua pengguna kenderaan di masa akan datang.

“Saya paling bimbang sekiranya terdapat pengguna kenderaan yang tidak mengetahui masalah kerosakan jalan raya di sini. Oleh itu saya menasihatkan ‘orang baru’ agar berhati-hati untuk melalui laluan berkenaan demi keselamatan masing-masing selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment