Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 March, 2010

Penduduk Batang Lupar minta baiki jalan


Caption: PERLU DIPERBAIKI...Keadaan jalan raya di kawasan Batang Lupar amat serius dan perlu dinaiktaraf segera selepas ini.

SRI AMAN, Isnin (8 Mac) – Penduduk terutamanya penunggang motorsikal dalam kawasan Jalan Batang Lupar, Sri Aman dibelenggu masalah apabila kerosakan jalan raya di situ menjadi semakin serius pada masa sekarang.

Seorang penunggang motorsikal iaitu Mike Achan, 48, memberitahu kerosakan di Jalan Batang Lupar pada masa kini adalah merupakan lubang lebar yang boleh mendatangkan risiko kemalangan terhadap penduduk di situ.

“Masalah kerosakan ini mula timbul di laluan Jalan Batang Lupar semenjak tahun lepas. Keadaan lubang di situ telah menyebabkan para penunggang motorsikal lebih berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan selama ini.

“Risiko terlalu besar sehingga boleh mengundang kemalangan terutamanya terhadap golongan kami (penunggang motorsikal). Justeru atas sebab itu saya meminta jasa baik pihak berkuasa tempatan untuk menurap semula lubang berkenaan selepas ini,” menurut beliau.

Seorang lagi penduduk yang hanya dikenali sebagai Nading, 22, ketika ditemui menjelaskan bahawa risiko sebenar yang wujud di laluan Jalan Batang Lupar ialah ketika berlakunya hujan di sini.

Lubang yang wujud di laluan terbabit katanya telah menakung air hujan sehingga menyukarkan para penunggang motorsikal untuk mengelak laluan berlubang di situ ketika berlangsungnya cuaca buruk dalam bandar ini.

“Saya pernah nyaris kemalangan kerana gagal mengenalpasti lubang yang wujud di situ hujan lebat turun di bandar ini minggu lepas.

“Itu cukup berbahaya. Sepertimana yang penduduk kata, saya meminta pihak berkuasa tempatan untuk memberi perhatian serius berhubung isu ini demi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

1 comment:

  1. Jalan Raya di hadapan rumah saya iaitu di Lot 183 Sublot 2 Jalan Batang Lupar Kpg Resak juga sering dilanda banjir kerana jalan yang sudah rosak dan tidak rata akibat lori-lori yang selalu masuk ke dalam kawasan perumahan kecil kami itu. Kawasan perumahan kami hanya mempunyai 5 buah buku iaitu 4 buah semi-d dan 1 detached single story mempunyai jalan yang sangat sempit dan mempunyai longkang yang sangat kecil dan tidak dapat menampung air hujan sekiranya hujan lebat. semoga perkara ini dapat diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete