Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 March, 2010

MPWK Sri Aman anjur program Kraf Kreatif


Caption: UNTUK ALBUM...Mas Shamsiah (lapan kanan), Lina (tujuh kanan) dan Sharifah (enam kanan) ketika merakamkan gambar kenangan pada program tersebut.

SRI AMAN, Selasa (16 Mac) – Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Sri Aman telah menganjurkan Program Kraf Kreatif bertempat di Dewan Serbaguna, Kampung Hilir baru-baru ini.

Penganjuran Program Kraf Kreatif yang juga mendapat kerjasama Biro Pendidikan Jiran Wanita, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Hilir itu telah dihadiri seramai 35 orang kaum wanita dari kampung berkenaan.

Pengerusi MPWK Sri Aman, Mas Shamsiah Haji Maslem berkata program berkenaan bertujuan untuk menarik minat lebih ramai golongan surirumah untuk mencari pendapatan sampingan selepas ini.

“Ekonomi dalam sesebuah keluarga tidak seharusnya bergantung penuh terhadap pendapatan yang diperoleh oleh si bapa (suami) memandangkan si ibu juga boleh membantu menambah pendapatn keluarga selain melaksana kerja rutin harian keluarga.

“Oleh itu pihak kami telah menganjurkan Program Kraf Kreatif ini untuk memberi penerangan dan langkah-langkah kepada setiap peserta untuk menambah pendapatan keluarga menerusi program ini,” katanya.

Demi menjayakan Program Kraf Kreatif ini kata Shamsiah pihak MPWK Sri Aman telah menjemput Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman iaitu Lina Andom untuk mengendalikan program ini.

“Justeru pihak kami berharap agar kesemua 35 orang peserta terbabit dapat memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan yang mereka perolehi menerusi Program Kraf Kreatif selepas ini,” katanya.

Program Kraf Kreatif yang berlangsung dari jam 9 pagi dan berakhir sekitar 12 tengahari itu turut dihadiri oleh Penolong Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim.

Tamat...

No comments:

Post a Comment