Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 March, 2010

Kerajaan fokus terhadap promosi eko pelancongan - Chan

LUBOK ANTU, Rabu (25 mac) – Kerajaan Negeri kini sedang melakukan yang terbaik untuk mempromosi produk eko-pelancongan di Sarawak demikian menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam.

Menurut beliau kerajaan fokus terhadap mempromosi produk eko-pelancongan memandangkan ia boleh menjadi kunci utama dalam merancakkan industri pelancongan da;am negeri ini.

“Ia berdasarkan kepada hutan hujan tropikalnya yang amat mengkagumkan, sungai yang indah dan keunikan budaya penduduk yang mana menjadi faktor utama kepada tarikan pelancong terutama dari luar negara.

“Justeru kita (kerajaan) yakin sekiranya produk eko-pelancongan seumpama ini dibangunkan maka industri pelancongan di Sarawak akan muncul sebagai salah satu yang terbaik di dunia pada masa akan datang,” katanya.

Chan yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ulangtahun Ke-14 Batang Ai Longhouse Resort, Lubok Antu malam kelmarin.

Selain itu kerajaan menurut beliau akan sentiasa memainkan peranan dalam meningkatkan pembangunan pelancongan dalam negeri seperti penyediaan kemudahan asas, khidmat sokongan dan promosi produk.

“Atas sebab ini saya mengesa semua pihak yang terlibat dalam industri ini termasuk Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), penyelia pelancongan, Unit Pelancongan Bahagian dan komuniti tempatan untuk bekerjasama dalam membangunkan industri pelancongan Sarawak selepas ini.

“Jika usaha antara semua pihak wujud maka nescaya matlamat kita untuk memperhebatkan promosi produk eko-pelancongan di Sarawak akan menjadin kenyataan di masa akan datang,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa perkembangan industri pelancongan Sarawak menerusi pengenalan produk eko-pelancongan selepas ini secara tidak langsung akan memberi impak terhadap penduduk dari segi pembangunan ekonomi.

Terdahulu Chan telah mengucapkan tahniah terhadap Batang Ai Longhous Resoty di atas pencapaian yang mereka kecapi dalam memperkenalkan Sarawak di mata dunia semenjak 15 tahun yang lepas.

Dianggarkan kawasan Batang Ai, Lubok Antu telah menerima kedatangan 300,000 orang pelancongan semenjak 15 tahun yang lalu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment