Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 March, 2010

Keluarga Wong dapat bantuan RM6,500 dari kerajaan


Caption: PRIHATIN...Dr Rayong (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Wong Chun Chin (empat kiri) sambil disaksikan oleh Nyalau (lima kiri) dalam majlis itu.

by Edwin Raoh

ENGKILILI, Selasa (16 Mac) - Ahli Parlimen Lubok Antu Encik William Nyalau anak Badak telah turun padang untuk membantu sebuah keluarga mangsa kebakaran dari kawasan Jelukong Mawang, Engkilili kelmarin.

Terdahulu keluarga Wong Chun Chin tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka di Jelukong Mawang, Engkilili musnah dijilat api pada kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 3.45 petang pada 7 Mac lalu.

Beliau yang juga turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili iaitu Dr Johnical Rayong anak Nyipa telah menyampaikan wang bantuan kerajaan bernilai RM6,500 kepada keluarga mangsa terbabit.

Malahan Nyalau bersama Rayong juga turut menghulurkan sumbangan peribadi bernilai RM500 dan RM300 beserta dengan barangan makanan bagi mengurangkan beban keluarga mangsa terbabit selepas ini.

Rayong ketika ditemui menjelaskan bahawa sememangnya menjadi kewajipan setiap wakil rakyat untuk turun padang dan membantu menyelesaikan masalah kebajikan yang melanda penduduk dalam kawasan DUNnya selama ini.

Justeru beliau menyeru semua penduduk berbilang kaum dalam kawasan Engkilili dan Lubok Antu untuk sama-sama turun padang bagi menyampaikan bantuan terhadap keluarga malang terbabit selepas ini.

Turut mengiringi Nyalau dan Dr Rayong berkunjung ke rumah mangsa kebakaran ialah Ahli Tertinggi Jawatankuasa Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Engkilili yang terdiri daripada Timbalan SUPP Engkilili Tr Sibat Krutap, Setiausahanya Kanselor Nyambong dan Penolong Setiausaha Kanselor Lai Chaw Soon

Tamat...

No comments:

Post a Comment