Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 March, 2010

Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman anjur kempen derma darah


Caption: PRIHATIN...Ahli Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman bergambar kenangan ketika berlangsungnya program terbabit baru-baru ini.

By Paul Lu, JKR Sri Aman

SRI AMAN, Isnin (22 Mac) – Kelab Sokanjaya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman telah turun padang untuk membantu menambah bekalan darah terhadap Tabung Darah Hospital Bahagian Sri Aman.

Niat Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman berhubung perkara ini telah terbukti apabila kelab berkenaan menganjurkan Program Derma Darah bertempat di wad hospital berkenaan baru-baru ini.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu program yang bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir jam 12 tengahari itu telah membabitkan penyertaan seramai 14 orang ahli Kelab Sokanjaya.

“Tujuan utamanya ialah untuk membantu pihak Hospital Bahagian Sri Aman mengisi bekalan darah di dalam tabung darah institusi perubatan berkenaan bagi kegunaan pesakit selepas ini.

“Dengan adanya program seumpama ini pihak kita berharap agar lebih ramai pihak untuk tampil menderma darah di Hospital Sri Aman untuk sepanjang masa selepas ini,” menurut beliau.

Program Menderma Darah menurut beliau juga adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan yang seringkali dianjurkan oleh Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman pada setiap tahun.

Justeru pihaknya mensasarkan jumlah penyertaan lebih ramai ahli menerusi program derma darah yang serupa di masa akan datang demi menampung keperluan bekalan darah di Hospital Sri Aman selepas ini.

Hadir sama menjayakan program berkenaan ialah Naib Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BBSM) cabang Sri Aman, Paul Lu serta ahli-ahli kelab yang lain.

Tamat....

No comments:

Post a Comment