Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 March, 2010

Kejayaan negara tidak bergantung pada satu kaum - Harden


Caption: SELAMAT TAHUN BARU...Harden (enam kiri), Sii (empat kiri), Lim (empat kanan) serta yang lain bersama-sama memotong kek Selamat Tahun Baru Cina semasa berlangsungnya majlis berkenaan.

SRI AMAN, Selasa (2 Mac) – Kejayaan pembangunan negara dari segi aspek ekonomi dan politik tidak semestinya bergantung kepada usaha yang ditunjukkan oleh sesebuah kaum itu sahaja demikian kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Menurut beliau kemajuan sesebuah negara memerlukan peranan yang dimainkan oleh sebuah kaum dalam negara ini dan bukannya menyandarkan ‘peranan wajib’ kepada sebuah kaum tertentu sahaja.

“Anda tidak boleh kata pembangunan ekonomi yang layak diuruskan oleh kaum Cina. Tanggapan itu salah kerana pembangunan ekonomi negara boleh dijayakan oleh semua pihak termasuk Melayu, Dayak atau India.

“Jika setiap peranan pembangunan ekonomi, politik dan sosial dibahagi-bahagikan terhadap setiap kaum maka akan timbul perpecahan dikalangan mereka selepas ini sepertimana yang pernah diamalkan oleh British menerusi Dasar Pecah dan Perintah pada waktu dahulu,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina dan Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankuasa Baru bagi Pemuda dan Wanita sesi 2010-2011 Persatuan Lim Clan bertempat di bangunan persatuan berkenaan baru-baru ini.


Selain itu Harden juga mahu setiap kaum untuk sedar bahawa mereka hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan perlaksanaan Konsep 1Malaysia selepas ini.


Dengan kata lain semua aktiviti yang membabitkan sesebuah kaum perlu dilaksana secara bersama-sama demi memperkukuhkan lagi hubungan perpaduan dikalangan mereka selepas ini.


“Kekuatan sesebuah negara bergantung sepenuhnya kepada faktor ini (perpaduan). Justeru semua kaum dalam negara ini khususnya di Sarawak perlulah sama-sama membangunkan ekonomi, politik dan sosial negara demi kebaikan semua pihak di masa akan datang,” katanya.


Hadir sama pada majlis berkenaan, Pemanca Sii Toh Peng, Pengerusi Persatuan, Lim Yeo Liang serta ahli persatuan yang lain.


Tamat.


No comments:

Post a Comment