Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 March, 2010

JKKK Zon Tengah Kpg Muhibbah bantu keluarga mangsa kebakaran


Caption: IKHLAS...Shakawi (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Rahman (kiri) sambil disaksikan oleh ahli keluarga dan ahli JKKK Zon Tengah Kampung Muhibbah hari ini.

SRI AMAN, Isnin (8 Mac) – Jawatankuasa Kemajuann dan Keselamatan Kampung (JKKK) Zon Tengah Kampung Muhibbah telah menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga Abdul Rahman Haji Ramli yang ditimpa musibah akibat kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah kayu mangsa pada 8 Mac lepas.

Rombongan JKKK Zon Tengah Kampung Muhibbah yang diketuai oleh pengerusinya Shakawi Haji Mushidi telah menyerahkan sejumlah RM393 wang bantuan kepada Abdul Rahman menerusi upacara ringkas yang berlangsung di tapak kejadian kebakaran berkenaan pada jam 10 pagi hari ini.

Shakawi ketika ditemui memberitahu wang bantuan terbabit adalah merupakan hasil sumbangan penduduk daripada 54 buah keluarga dalam kawasan Zon Tengah Kampung Tengah semenjak berlakunya kejadian berkenaan.

“Penduduk Zon Tengah Kampung Muhibbah berasa simpati berhubung nasib malang yang menimpa keluarga mangsa akibat kejadian kebakaran berkenaan pada hari Ahad lalu.

“Justeru atas semangat permuafakatan, kesemua penduduk kampung telah sama-sama menyatakan rasa simpati mereka dengan menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga Abdul Rahman pada hari ini,” menurut beliau.

Shakawi juga mahu agar lebih ramai pihak untuk tampil membantu menghulurkan pelbagai bantuan kepada keluarga Abdul Rahman demi meringankan lagi beban keluarga malang berkenaan selepas ini.

Sementara itu Abdul Rahman ketika ditemui menyatakan rasa terharu terhadap keprihatinan semua pihak yang telah turun padang untuk membantu beliau dan keluarga semenjak dilanda musibah berkenaan pada 8 Mac lalu.

“Saya ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada wakil rakyat, persatuan, individu perseorangan dan penduduk kampung di sini kerana telah membantu mengurangkan beban keluarga saya,” katanya.

Rahman, 50 bersama isteri dan empat orang anaknya kini tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman rumah kayu mereka musnah dijilat api sekitar jam 6.30 pagi pada hari Ahad lepas.

Beliau bersama keluarga yang hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting kini menumpang tidur di rumah saudaranya dan sudah pun memohon bantuan daripada pihak Pejabat Daerah Sri Aman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment