Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 March, 2010

JKKK Kampung Baru Hulu betong bakal anjur battle of the band

SRI AMAN, Rabu (17 Mac) – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Baru Hulu Betong akan menganjurkan Pertandingan Battle Of The Band 2010 bertempat di Dewan Panglima Rentap Betong pada 26 Mac ini.

Pertandingan yang turut dianjurkan secara bersama oleh PEMADAM Daerah Betong, SABERKAS Daerah Betong, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) dan T.T.E Production selaku penaja rasmi acara berkenaan akan berlangsung pada jam 8 malam.

Jurucakap penganjur pertandingan ketika dihubungi menjelaskan bahawa Pertandingan Battle Of The Band ini terbuka kepada semua kumpulan pemuzik dari kawasan Betong, Sri Aman dan Sarikei.

“Pertandingan Battle Of The Band ini merupakan salah satu slot pengisian program hiburan untuk memeriahkan lagi sambutan ulangtahun ke-8 Betong menjadi Bahagian dalam negeri ini.

“Setiap kumpulan yang bakal berentap pada pertandingan ini nanti dikehendaki mempersembahkan dua lagu iaitu sebuah lagu wajib manakala sebuah lagu lagi pula adalah merupakan lagu bebas,” menurut beliau.

Pertandingan itu nanti menurut beliau bakal menjanjikan hadiah yang lumayan dan mereka yang ingin mendapatkan borang serta pertanyaan lanjut boleh menghubungi Wan Boehana Haji Wan Omar menerusi talian telefon 019-8667539 atau 014-7061318.

“Tarikh tutup penyertaan Pertandingan Battle Of The Band ini adalah pada 22 Mac kelak. Kumpulan yang berminat boleh menghubungi Boehana untuk mendapatkan borang dan seterusnya dihantar kembali sebelum tarikh tutup penyertaan itu kelak,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa pertandingan terbabit juga turut diserikan lagi dengan acara Pertunjukkan Pentas Rakyat pada 27 Mac ini di Dewan Panglima Rentap Betong bermula jam 8 malam.

“Acara Pertunjukkan Pentas Rakyat pada malam itu juga baka menyaksikan persembahan nyanyian oleh artis jemputan dan peserta Betong Idol. Justeru orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan kedua-dua acara ini pada 26 dan 27 Mac kelak,” katanya.



No comments:

Post a Comment