Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 March, 2010

Jadikan Cap Goh Mei produk perlancongan Sri Aman - Harden


Caption: 1MALAYSIA...Harden (bertopi) ketika mengetuai perarakan sempena Perayaan Cap Goh Mei di sini malam tadi.

SRI AMAN, Isnin (1 Mac) – Perayaan Cap Goh Mei di Sri Aman dilihat mampu menarik kedatangan lebih ramai pengunjung dari luar kawasan luar bandar ini pada tahun akan datang demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis.

Katanya Perayaan Cap Goh Mei yang sering dianjurkan oleh Persatuan Soon Heng Simanggang itu dilihat berpontesi untuk dijadikan sebagai produk perlancongan dalam bandar ini selain dari Pesta Benak dan Pesta Ikan Bulu.

“Ribuan penduduk akan membanjiri bandar ini (Sri Aman) acapkali berlangsungnya sambutan Cap Goh Mei terutamanya bagi mereka yang ingin menyaksikan acara perarakan besar-besaran yang diadakan di sini pada setiap tahun.

“Sambutan yang ditunjukkan oleh penduduk menunjukkan bahawa perayaan ini mampu mempromosi bandar Sri Aman terutamanya terhadap pengunjung yang datang dari luar bandar ini di masa akan datang,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Acara Perarakan bersempena sambutan Perayaan Cap Goh Mei 2010 peringkat Bahagian Sri Aman malam tadi.

Selain itu tindakan pihak Pejabat Residen Sri Aman yang menjadikan sambutan terbabit sebagai salah satu acara tahunan bagi kalendar aktiviti Sri Aman menunjukkan bahawa kerajaan komited untuk menjadikan bandar ini sebagai pusat perlancongan utama di masa akan datang.

“Ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan matlamat Sri Aman untuk muncul sebagai pusat perlancongan terkemuka dan hal makanan halal di negeri ini menjelang tahun 2015.

“Justeru saya meminta semua penduduk dalam bandar ini untuk terus bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan bandar Sri Aman mencapai sasaran terbabit selepas ini,” katanya.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Temenggung Tan Chong Meng, Pemanca Sii Toh Peng, Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Sri Aman, Felicia Tan, para ketua kaum dan ketua persatuan dalam bandar ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment