Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 March, 2010

Forum Maulidur Rasul di Betong meriah




Caption:

1. PENERANGAN...Pihak Jabatan Agama Islam Betong ketika sedang menyampaikan ceramah pada forum terbabit malam tadi.

2. SAMBUTAN BAIK...Sebahagian daripada para penduduk Betong yang hadir untuk mendengar Forum Maulidur Rasul 1431H / 2010M di Surau Darul Taqwa Betong malam tadi.

BETONG, Jumaat (5 Mac) – Sejumlah 300 orang penduduk Islam menghadiri Forum Maulidur Rasul 1431H / 2010M sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Baru Hulu Betong untuk mendengar program ilmu yang berlangsung di Surau Darul Taqwa Betong malam tadi.

Forum Maulidur Rasul 1431H / 2010M yang julungkalinya diadakan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Taqwa dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Baru Hulu Betong itu telah bermula seawal jam 6.45 petang.

Menerusi forum terbabit penduduk Islam berpeluang mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Agama Islam Betong iaitu Ustaz Haziman Sakir dan Ustaz Aswat Osen sambil dipengerusikan oleh Ustaz Mazidie Bujang.

Terdahulu jurucakap penganjur ketika ditemui menjelaskan bahawa forum ini bertujuan untuk mempertingkatkan kefahaman penduduk Islam terhadap ajaran agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T menerusi hambanya iaitu Nabi Muhammad S.A.W semenjak 1,400 tahun lepas.

“Hubungan persaudaraan dalam kelompok masyarakat Islam boleh menjadi goyah sekiranya mereka ini memiliki ilmu pengetahuan dan tahap pemahaman terhadap Islam yang begitu cetek.

“Justeru diharap agar Forum Maulidur Rasul 1431H / 2010M dapat membawa semua umat Islam untuk sama-sama mengangkat martabat Islam ke darjat yang lebih tinggi selepas ini,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa perpaduan ummah boleh runtuh sekiranya penduduk Islam tidak mengambil berat tentang perlunya seseorang umat itu untuk mempertingkat ilmu agama dalam jiwa masing-masing selepas ini.

“Masalah ini jika tidak diatasi boleh menyebabkan pegangan agama masing-masing terhadap Islam akan menjadi lemah dan seterusnya menjurus kepada perpecahan dikalangan mereka (penduduk Islam),” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Tadbir dari Pejabat Residen Betong, Rozena Sazeli, Pengerusi JKKK Kampung Baru Hulu Betong, Wan Boena Haji Wan Omar, Pengerusi Surau Darul Taqwa Betong, Hassan Kom dan Imam Haji Wan Alek Tunku Manshur.

Pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA Betong juga tidak ketinggalan untuk menghadiri Forum Maulidur Rasul 1431H / 2010M yang berlangsung pada malam tadi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment