Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 March, 2010

Cap Goh Mei sri aman - we glad kata penduduk


Caption: SERONOK...James (kiri sekali) dan Mei (dua kanan) ketika bersama ahli keluarga serta rakan menyaksikan acara perarakan Cap Goh Meh di sini pada 28 Februari lepas.

SRI AMAN, Khamis (4 Mac) – Kesan masih ada walaupun semenjak empat hari tamatnya sambutan Perayaan Cap Goh Meh 2010 Peringkat Bahagian Sri Aman yang berlangsung bandar ini bermula 21 hingga 28 Februari lepas.

Ketika berlangsungnya kemuncak sambutan perayaan ini iaitu acara perarakan besar-besaran pada malam Ahad lalu,Utusan Sarawak berkesempatan menemubual beberapa orang penduduk untuk mendapatkan komen masing-masing berhubung sambutan terbabit.

Seorang penduduk iaitu James anak Biong, 33, dari Punggu, Sri Aman melahirkan rasa cukup bangga berhubung penganjuran sambutan perayaan Cap Goh Meh yang julungkalinya diadakan bagi peringkat bahagian dalam bandar Sri Aman pada tahun ini.

Menurut beliau perayaan Cap Goh Meh merupakan salah satu aktiviti yang paling menarik diadakan dalam bandar ini selain dari Pesta Benak dan Pesta Ikan Bulu pada setiap tahun.

“Keunikannya ialah tentang budaya. Perarakan ‘mega’ yang diadakan sempena perayaan itu pada 28 Februari secara tidak langsung membolehkan kita faham dan sedar akan betapa pentingnya nilai budaya dan adat resam kaum dalam negeri kita selama ini.

“Anda lihat sahaja hampir 3,000 penduduk menyaksikan acara perarakan di sini. Ia adalah isyarat yang menunjukkan bahawa nilai budaya setiap kaum masih menjadi minat utama dalam diri penduduk berbilang kaum dalam bandar ini,” menurut beliau.

Seorang penduduk iaitu Roy Martin anak Chengiam, 28, dari Empili, Pantu berpendapat bahawa kekuatan sambutan perayaan Cap Goh Meh kali ini dilihat menghimpun semua penduduk berbilang kaum di bawah naungan 1Malaysia.

“Bunyinya mungkin kedengaran biasa. Namun penganjuran Cap Goh Meh peringkat Bahagian Sri Aman ini secara tidak langsung telah ‘mempamerkan’ kunci ikatan perpaduan yang kukuh di antara kita.

“Ini satu usaha yang amat positif. Justeru saya berharap agar lain-lain perayaan utama dalam daerah Sri Aman dapat juga diangkat menjadi perayaan peringkat bahagian selepas ini,” katanya.

Mei anak Biong, 27, juga dari Punggu, Pantu berpendapat perayaan Cap Goh Meh wajar dijadikan salah satu produk perlancongan dalam bandar ini di masa akan datang selain dari Pesta Benak dan Pesta Ikan Bulu.

“Jika dipromosi mungkin perayaan Cap Goh Meh di sini akan mampu menarik kedatangan ribuan pengunjung dari seluruh pelusuk negeri Sarawak pada masa akan datang,” katanya.

Perayaan Cap Goh Meh Peringkat Bahagian Sri Aman 2010 berlangsungnya dengan penuh meriah bermula 21 Februari lepas dengan pelbagai acara menarik antaranya ialah persembahan kebudayaan, nyanyian, Pesta Ria, Gerai Jualan Beraneka dan banyak lagi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment