Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 March, 2010

Bulan Sabit Merah hulur bantuan kepada mangsa kebakaran


Caption: IKHLAS...Mashore (kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada Abdul Rahman (kiri) di sini hari ini.


oleh Mas Mashore Haji Maslem

SRI AMAN, Isnin (1 Mac) – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman hari ini telah tampil untuk membantu keluarga Abdul Rahman bin Haji Ramli dari Kampung Muhibbah yang ditimpa musibah pagi kelmarin.

Terdahulu Rahman, 50, bersama tiga orang anak dan seorang isteri berjaya menyelamatkan diri dengan beberapa buah dokumen penting apabila rumah papan mereka dijilat api pada jam 7.30 pagi kelmarin.

Seorang lagi anaknya pada waktu kejadian berada di rumah neneknya di Kampung Stawang. Kejadian kebakaran terbabit yang dipercayai berpunca dari kawasan dapur rumah menyebabkan keluarga terbabit tinggal sehelai sepinggang.

BSMM cabang Sri Aman menerusi Pengerusi Bencana Alam pertubuhan terbabit iaitu Mas Mashore Haji Maslem telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan makanan dan tilam kepada keluarga mangsa berkenaan.

Hadir sama pada upacara ringkas penyerahan bantuan ini ialah Setiausaha BSMM cabang Sri Aman, Charles Tay dan ahli BSMM yang lain termasuk Jonex Henry, Davis Munan, Mas Zulfadli dan Tay.

Mashore ketika ditemui meminta kerjasama orang ramai dari sekitar bandar Sri Aman untuk menderma pakaian terpakai masing-masing kepada BSMM untuk disalurkan kepada keluarga mangsa kebakaran terbabit selepas ini.

Katanya sumbangan mereka amat penting demi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa kebakaran berkenaan selepas ini.

“Orang ramai boleh menghulurkan pakain terpakai kepada keluarga mangsa dengan menghantar bantuan terbabit ke pusat operasi BSMM cabang Sri Aman dekat bulatan Jalan Hospital,” katanya.

Beliau juga turut menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati mengendalikan barangan yang berasaskan sumber elektrik atau bahan api dari masa ke semasa demi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Tamat.


No comments:

Post a Comment