Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 March, 2010

BSMM Sri Aman bagi bantuan terhadap mangsa kebakaran di Jelukong, Engkilili


Caption: IKHLAS...Paul (dua kiri) dan Kong (lima kanan) menyampaikan sumbangan kepada keluarga sambil disaksikan oleh Mashore (kiri sekali) dan Isaac (kanan sekali) kelmarin.


ENGKILILI, Rabu (10 Mac) – Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman telah turun padang untuk membantu mangsa kebakaran di kawasan Jelukong Mawang, Engkilili kelmarin.

Rombongan BSMM cabang Sri Aman yang diketuai oleh naib pengerusinya iaitu Paul Lu telah menyampaikan bantuan berupa pakaian terpakai, bantal, tilam dan selimut kepada Wong Chun Chin dan ahli keluarganya yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumahnya hanggus dijilat api sekitar jam 3.45 petang pada 7 Mac lalu.

Paul ketika ditemui pada majlis itu berkata bantuan terbabit adalah merupakan salah satu usaha kebajikan oleh pihak BSMM cabang Sri Aman dalam membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga malang berkenaan.

“BSMM juga turut turun padang membantu mana-mana penduduk yang ditimpa musibah seumpama ini. Justeru pihak kami berharap agar keluarga Wong dapat memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang mereka selepas ini,” katanya.

Selain itu beliau juga turut menyeru semua penduduk berbilang kaum dalam kawasan Sri Aman untuk sama-sama turun padang bagi menyampaikan bantuan terhadap keluarga malang berkenaan selepas ini.

Para penduduk menurut beliau mungkin boleh menyumbang pakain terpakai masing-masing kepada pihak BSMM cabang Sri Aman yang seterusnya akan disalurkan kepada keluarga mangsa selepas ini.

“Mereka boleh menyumbang pakaian terpakai termasuk selimut atau tilam ke pejabat BSMM cabang Sri Aman yang terletak di bulatan Jalan Hospital dalam bandar ini.

“Malahan saya juga meminta lebih banyak persatuan untuk tampil menyumbangkan bantuan berupa makanan atau kewangan terhadap keluarga malang berkenaan pada masa akan datang,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Quatermaster BSMM Sri Aman, Kong Yew Tack, Pengerusi Bencana Alam BSMM Sri Aman, Mas Mashore Haji Maslem dan penolongnya Isaac Stalin serta ahli sukarelawan yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment