Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 March, 2010

70 ketua kaum sertai seminar undang-undang islam


Caption: MANFAATKAN ILMU...Simoi (tengah) ketika menyampaikan sijil kepada seorang peserta seminar sambil diperhatikan oleh Haji Mohamad (kanan) pada majlis berkenaan.

SRI AMAN, Isnin (15 Mac) - Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dengan kerjasama Pejabat Mufti Negeri Sarawak telah menganjurkan Seminar Undang-Undang keluarga Islam dan Falak Syarie bertempat di Bilik Serbaguna, Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Seminar yang diadakan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 2010 telah bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4 petang di Dewan Suarah Sri Aman berkenaan.

Jurucakap penganjur ketika ditemui berkata Seminar Undang-Undang keluarga Islam dan Falak Syarie ini telah disertai oleh 70 orang ketua kaum dan ketua keluarga dari sekitar Bandar Sri Aman ini.

“Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat berkaitan kepentingan dan peranan Mahkamah Syariah, Bahagian Sokongan Keluarga dan Biro Bantuan Guaman.

“Malahan seminar ini juga turut memberi pendedahan mengenai ilmu pengetahuan, tips dan tunjuk ajar kepada masyarakat tentang ordinan undang-undang keluarga Islam Sarawak dari segi tafsiran, peruntukan dan amalannya,” menurut beliau.

Selain itu seminar ini juga turut membuka ruang perbincangan antara pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Mahkamah Syariah, Bahagian Sokongan Keluarga dan Biro Bantuan Guaman.

“Kita juga mahu memberi kesedaran kepada golongan lelaki dan wanita mengenai langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya berlaku perlanggaran hak oleh seseorang individu yang lain, cara untuk melaksanakan tuntutan tersebut disisi undang-undang dan kesannya ke atas individu yang melanggarnya,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri telah menutup rasmi majlis berkenaan dan seterunsya menyempurnakan upacara penyampaian sijil kepada 70 orang peserta yang menghadiri seminar berkenaan.

Hadir sama pada majlis penutupan seminar berkenaan, Ketua Hakim Syarie Negeri Sarawak, Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad.

Tamat....

No comments:

Post a Comment