Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2010

5 persatuan terima geran daripada Harden


Caption: MANFAATKAN...Harden (tengah) ketika menyampaikan cek kepada seorang wakil ketika berlangsungnya majlis terbabit.


SRI AMAN, Khamis (11 Mac) – Sejumlah lima buah persatuan di Sri Aman menerima geran kerajaan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM17,000 daripada Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis baru-baru ini.

Majlis penyerahan cek kepada lima buah persatuan terbabit telah berlangsung pada jam 11 pagi itu di Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan N.27 Simanggang.

Lima buah persatuan yang menerima geran terbabit adalah Persatuan Hakka Simanggang, Pergerakan Pemuda dan Wanita Persatuan Hakka Simanggang, Kumpulan Zikir Marhaban An Nur, Persatuan Peniaga Sri Aman dan Kampung Muhibbah Sri Aman.

Persatuan Hakka Simanggang telah menerima geran kerajaan bernilai RM5,000 manakala Pergerakan Pemuda dan Wanita Persatuan Hakka Simanggang menerima masing-masing menerima peruntukan bernilai RM3,000.

Persatuan Peniaga Sri Aman menerima geran kerajaan berjumlah RM3,000 manakala Kumpulan Zikir Marhabban An Nur, Kampung Muhibbah Sri Aman menerima geran berjumlah RM 3,000.

Terdahulu Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang mahu para penerima geran kerajaan untuk menggunakan peruntukan yang mereka daripada kerajaan dengan sebaik mungkin selepas ini.

Hadir sama pada majlis penyerahan geran berkenaan, Penasihat Parti SUPP Cawangan Simanggang, Pemanca Sii Toh Peng serta ahli-ahli parti yang lain.

Tamat....

No comments:

Post a Comment