Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 February, 2009

PPWS Kampung Tengah anjur aktiviti Gotong Royong


Caption: UNTUK ALBUM...Latifah (ketiga dari kiri) bersama Saidah (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama ahli PPWS ketika berlangsungnya aktiviti gotong-royong di sini baru-baru ini.

SRI AMAN, Ahad (8 Feb)– Pertubuhan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan Kampung Tengah, Sri Aman telah menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan bangunan PPWS kawasan Sri Aman di Jalan Paya baru-baru ini.

Pengerusi PPWS cawangan Kampung Tengah, Saidah Saibi ketika ditemui berkata aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan bangunan terbabit membabitkan sejumlah 50 orang ahli pertubuhan wanita itu di daerah ini.

“Menerusi aktiviti ini pihak kami telah bertindak membersihkan seluruh kawasan bangunan ini termasuk membuang sampah sarap, membersihkan sistem peparitan bangunan dan sebagainya.

“Ini demi memastikan bangunan PPWS kawasan Sri Aman sentiasa bersih dan memberi tanggapan positif terhadap semua penduduk di bandar tentang peranan pertubuhan terbabit dalam membantu menaiktaraf sosiologi dan ekonomi hidup rakyat,” katanya.

Selain itu aktiviti gotong-royong membersihkan bangunan itu juga jelas beliau juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan para ahli PPWS dalam daerah Sri Aman ini.

Dengan adanya hubungan kerjasama di antara kesemua pihak kata Saidah, PPWS Sri Aman bersama cawangan pertubuhan di daerah ini tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk melaksana pelbagai program atau aktiviti di masa akan datang.

“Justeru pihak kami berharap agar aktiviti seumpama ini dapat diadakan untuk sepanjang masa demi mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim dikalangan ahli PPWS kawasan Sri Aman,” kata beliau.

Pengerusi PPWS kawasan Sri Aman iaitu Latifah Mantali turut hadir sama bagi untuk menjayakan lagi aktiviti gotong-royong membersihkan bangunan terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment