Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 February, 2009

Kalendan lori terbunuh dalam kemalangan di kilometer 31 Jalan Sri Aman / Kuching


Caption: MALANG...Beginilah keadaan lori trailer yang terbabas di kawasan Selepong sehingga membunuh Emacphur Imbang menerusi kemalangan yang berlaku sekitar jam 2 pagi hari ini.

SRI AMAN, Khamis (5 Feb) – Seorang kalendan terbunuh apabila lori trailer yang dipandu oleh rakannya hilang kawalan dan seterusnya melanggar penghadang jalan menerusi kejadian kemalangan yang berlaku di Kilometer 31, Jalan Sri Aman / Kuching pada jam 2 pagi hari ini.

Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Sri Aman, ASP Sazali Abdul Latif ketika dihubungi berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian kemalangan ini dikenali sebagai Emacphur Imbang, 34.

Kejadian kemalangan ini menurut beliau berlaku apabila mangsa bersama pemandunya, Awang Ramzi bin Awang Jubli, 33, sedang dalam perjalanan dari Bintulu menuju ke Kuching.

Bagaimanapun ketika menghampiri kawasan Selepong di Kilometer 30 Jalan Sri Aman / Kuching katanya lori trailer yang dipandu oleh Awang hilang kawalan dan seterusnya merempuh penghadang jalan sehingga menyebabkan lori berkenaan terbalik.

Mangsa iaitu Emacphur kata Sazali dipercayai mati serta-merta ditempat kejadian manakala pemandu lori berkenaan iaitu Awang Ramzi berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Emacphur dipercayai meninggal dunia sebaik sahaja berlaku kejadian kemalangan terbabit disebabkan oleh kecederaan parah di bahagian kepala manakala pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mayat Emacphur tambah Sazali telah dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Bahagian Sri Aman untuk tujuan bedah siasat dan polis akan meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian kemalangan ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment