Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 February, 2009

Harden yakin DAP dan PKR tidak mengugat penguasaan BN di sri aman

Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN ANAK HOLLIS

SRI AMAN, Isnin ( 9 Feb ) – Kehadiran dua buah parti pembangkang di bandar Sri aman iaitu Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak akan mampu mengugat penguasaan Barisan Nasional (BN) dalam kawasan ini.

Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata kehadiran dua buah parti pembangkang di bandar ini menunjukkan bahawa mereka tidak bermuafakat dan bersatu di antara satu sama yang lain.

“Lagipun kedua-dua parti pembangkang ini pernah berebut untuk mendapatkan kawasan Sri Aman berbanding komponen parti BN yang selama ini selalu bertolenrasi di antara satu-sama lain mengenai pembahagian kawasan.

“Persengketaan di antara kedua-dua parti ini sekaligus membolehkan rakyat untuk menilai kelemahan mereka menjelang pilihanraya akan datang,” ketika berucap pada Majlis Randau Pemansang Bersama Rakyat anjuran Lembaga Penyatuan dan Pemuliharaan Tanah Sarawak (SALCRA) di Dewan Suarah Sri Aman semalam.

Selain itu katanya sikap saling faham-memahami di antara komponen parti BN Sarawak seperti SUPP, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) telah menjadi nadi kekuatan BN dikalangan rakyat dalam negeri ini.

Ini kerana komponen parti BN menurut Harden berjuang untuk kepentingan serta kebajikan hidup rakyat berbanding pihak pembangkang yang hanya tahu bertelingkah demi kepentingan politik masing-masing.

“Justeru saya meminta rakyat di kawasan ini (Sri Aman) untuk menimbang semula tindakan mereka sekiranya ingin bertindak untuk menyokong pihak pembangkang di daerah ini,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing, Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan, ADUN Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, ADUN Bukit Begunan, Mong Dagang, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Pengurus Besar SALCRA, Datu Vasco Sabat Singkang, Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, para pegawai kerajaan dan peserta skim kelapa sawit SALCRA bagi Estet Pakit Undop.

Tamat.



No comments:

Post a Comment