Semalam, Yen Jebeni menerusi satu portal berita telah
mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ketua PKR Cabang Sri Aman bersama
dengan beberapa rakan seangkatan yang lain di sini.
Mereka adalah Patricia Limau Pantau (Ketua Wanita PKR Sri
Aman), Lawrence Temba (Ketua Angkatan Muda Keadilan) dan beberapa ahli
jawatankuasa PKR bagi cabang Sri Aman di sini.
"Perletakkan jawatan kesemua mereka ini adalah
merupakan satu proses demokrasi dan juga merupakan satu langkah 'pembersihan'
bagi kesemua cabang-cabang PKR di seluruh Malaysia.
"Bagi kami, pemimpin datang dan pergi dan itulah
perkara biasa dalam politik parti," kata Tay ketika dihubungi Utusan
Sarawak berhubung isu perletakkan jawatan Ketua PKR Cabang Sri Aman berkenaan.
Beliau juga turut memberitahu bahawa masih ramai ahli
jawatankuasa PKR cabang Sri Aman termasuk ketua-ketua ranting dan ahlinya yang
masih taat kepada parti dan presiden sehingga sekarang.
Tay juga turut memberitahu perletakkan jawatan beberapa
pemimpin PKR cabang Sri Aman berkenaan tidak akan menggugat kekuatan pihaknya
untuk berjuang demi rakyat di kawasan ini dari masa ke semasa.
Sementara itu, Naib Pengerusi I PKR Cabang Sri Aman,
Ismawi Isa menerusi satu kenyataan semalam berkata Jubri Atak akan memangku
alih jawatan Ketua PKR Cabang Sri Aman secara automatik berhubung isu tersebut.
"Menurut perlembagaan parti, Jubri Atak selaku
Timbalan Ketua PKR Cabang Sri Aman sebelum ini akan bertindak memangku jawatan
Ketua Cabang berkenaan ekoran perletakkan jawatan itu oleh oleh Yen Jebeni," kata beliau.
Ismawi juga turut mengumumkan Tay Wei Wei dipilih sebagai
Ketua Penyelaras PKR Parlimen Sri Aman setelah memperoleh banyak sokongan
daripada ahli jawatankuasa cabang dan ketua-ketua ranting PKR di bawah parlimen
berkenaan.
Tamat.