Caption: TERIMA KASIH...Naga (kanan) menerima cenderamata daripada Kujang (kiri) sambil disaksikan oleh kakitangan Imigresen yang lain ketika berlangsungnya majlis itu.
SRI AMAN, Sabtu (8 Okt) – Pejabat Imigresen Sri Aman telah mengadakan majlis makan malam untuk meraikan dua orang kakitangan mereka yang berpindah lokasi tugas di sebuah restoran dalam bandar ini malam kelmarin.
Dua orang kakitangan Imigresen yang telah diraikan menerusi majlis makan malam berkenaan ialah Kujang anak Baling dan Nelson Naga anak Alam dari Pos Imigresen Lubok Antu.
Kujang Baling berpindah tugas ke Pejabat Imigresen Sri Aman berkuatkuasa mulai 26 September lalu setelah bertugas di Pos Imigresen Lubok Antu bermula 11 Januari tahun lepas.
Manakala itu Nelson Naga Alam pula berpindah tugas ke ibupejabat Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, Kuching setelah berkhidmat di Pos Imigresen Lubok Antu mulai 1 Oktober tahun 2009.
Majlis telah bermula seawal jam 8.15 malam dengan Kujang menyampaikan amanat kepada semua kakitangan Imigresen Sri Aman di situ sebelum Naga menyampaikan amanatnya pada majlis berkenaan.
Ia kemudiannya diteruskan lagi dengan jamuan makan malam sebelum ia dimeriahkan dengan upacara penyampaian cenderamata kepada kedua-dua kakitangan berkenaan dan juga sesi karaoke.
Terdahulu Kujang pernah berkhidmat di Pejabat Imigresen Sri Aman sebelum berpindah tugas ke Pejabat Imigresen di Kota Kinabalu, Sabah dan seterusnya ke Pos Imigresen Lubok Antu.
Manakala Naga Alam pula kembali ke Jabatan Imigresen setelah menamatkan tugas sebagai Setiausaha Sulit kepada bekas Menterii Muda Permodenan Pertanian iaitu mendiang Datuk Dublin Unting Ingkot.
Tamat.
No comments:
Post a Comment