Caption: UNTUK ALBUM...Pasukan juara dan naib juara bergambar kenangan sebaik sahaja berakhir perlawanan terbabit.
- 4 November
Pasukan Tabung Baitulmal cawangan Sri Aman @ Baitulmal FC muncul juara Pertandingan Futsal Tertutup Antara Agensi Islam Sri Aman yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sri Aman baru-baru ini.
Baitulmal FC muncul juara setelah membelasah pasukan Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Sri Aman menerusi jaringan gol 4 – 0 pada perlawanan akhir selama 20 minit di stadium berkenaan.
Shamshul Bahri Manap telah membuka tirai jaringan perlawanan berkenaan setelah menyumpat gol pertama bagi membolehkan pasukan Baitulmal FC mendahului pasukan PAIB Sri Aman dengan 1 – 0 sehingga tamat masa perlawanan babak masa pertama.
Saingan pada babak masa kedua pula menyaksikan pasukan Baitulmal FC mengandakan asakan berterusan sehingga Khalid Bojeng menyumbat gol kedua ke gawang gol pasukan lawan.
Pasukan PAIB Sri Aman terus mengalami ‘derita’ setelah Ustaz Mahiden Sah menyumbat dua lagi gol sehingga membolehkan pasukan Baitulmal FC menang menerusi jaringan 4 – 0 pada perlawanan berkenaan.
Pertandingan Futsal Tertutup Antara Agensi Islam Sri Aman anjuran Kelab Rekreasi Islam Sri Aman (KRISA) menyaksikan pasukan PAIB Sri Aman menyandang gelaran naib juara manakal PAIB Betong pula menduduki tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.
Terdhaulu jurucakap KRISA ketika ditemui memberitahu Pertandingan Futsal Tertutup Antara Agensi Islam Sri Aman ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwah antara agensi Islam Bahagian Sri Aman.
“Ia secara tidak langsung dapat menambah stamina serta tahap kesihatan fizikal pemain. Dengan kata lain menang kalah bukan soal utama dalam pertandingan ini selagi ia mampu mengeratkan hubungan sesama pemain di masa akan datang,” katanya.
Terdahulu Pertandingan Futsal Tertutup Antara Agensi Islam Sri Aman ini menyaksikan penyertaan pasukan Tabung Baitulmal Sarawak cawangan Sri Aman, PAIB Sri Aman, PAIB Betong, Tabung Haji cawangan Sri Aman dan Mahkamah Rendah Syariah Sri Aman.
Tamat.
No comments:
Post a Comment