Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 November, 2010

Pelajar perlu bersedia dari segi mental dlm te,ph 10 tahun ini - Uggah


Caption: TERUSKAN USAHA...Uggah menyampaikan sijil kepada seorang pelajar sambil disaksikan oleh Dr Lambat (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.


BETONG, Isnin (15 ov) – Para pelajar perlu mempersiapkan diri masing-masing dengan daya ketahanan mental yang tinggi mulai sekarang demi menghadapi saingan pasaran kerja negara dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Patinggi Kedit, Betong hari ini.

Katanya adalah menjadi satu cabaran untuk para pelajar pada masa sekarang untuk merebut sejumlah 3.3 juta peluang pekerjaan yang bakal disediakan oleh kerajaan di negara ini dalam tempoh 10 tahun kelak.

“Sarawak sahaja bakal memperuntukan lebih daripada 300,000 peluang pekerjaan kepada para belia di negeri ini lebih-lebih dengan adanya perlaksanaan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dalam tempoh itu kelak,” katanya.

Dengan kata lain, Uggah yang juga Ahli Parlimen Betong memberitahu bahawa aspek ketahanan mental perlu seiring dengan aspek perolehan ilmu pengetahuan jika mahu bersaing dalam pasaran kerja mulai tempoh 10 tahun ini nanti.

Sementara itu kerajaan katanya juga tidak putus asa untuk membangunkan hidup rakyat dengan memperkenalkan dasar ekonomi baru untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

“Justeru paling penting rakyat khasnya di Betong bersama-sama kerajaan saling bekerjasama dalam menjayakan pelan pembangunan ekonomi berkenaan demi kebaikan semua pihak selepas ini,” katanya.

Majlis terbabit dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel dan Pengetua SMK Datuk Patinggi Kedit Betong, Dr Lambat Lindong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment