Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 November, 2010

Tayar keta tercabut : kelalaian boleh mengundang padah

SRI AMAN, Khamis (3 Nov) – Nasihat dan saranan pihak berkuasa berhubung keselamatan kenderaan ketika memandu di jalan raya sememangnya perlu dipatuhi oleh semua pengguna dari masa ke semasa.

Ini kerana jika nasihat terbabit diabaikan ia boleh mengundang padah terhadap pemandu dan penumpang kenderaan itu sendiri lebih-lebih bagi mereka yang mahu memulakan perjalanan jarak jauh.

Bagaimanapun pengguna kenderaan dan penumpangnya boleh dikatakan bertuah sekiranya mereka tidak ditimpa sebarang kecelakaan berhubung isu keselamatan kenderaan.

Terbaru, dua orang kakitangan kerajaan dan seorang artis rakaman Iban nyaris ditimpa kecelakaan kemalangan jalan raya apabila tayar belakang kanan kenderaan mereka tiba-tiba tercabut ketika dalam perjalanan dari Sri Aman menuju ke Miri.

Kisahnya bermula apabila ketiga-tiga mereka sedang dalam perjalanan melimpasi kawasan Batu Lintang sekitar jam 4 pagi sebelum pemandunya mendengar bunyi ganjil di bahagian tayar kenderaan pacuan empat roda milik beliau.

“Saya kemudiannya berhentikan kenderaan untuk memeriksa keadaan tayar namun tidak menemui apa-apa masalah. Perjalanan diteruskan sebelum saya mendengar tiga kali bunyi ganjil terbabit apabila tiba di simpang Betong.

“Sebaik sahaja saya memberhentikan kenderaan di bahu jalan, tayar kanan belakang kenderaan tiba-tiba tercabut sendiri dan jatuh ke tanah. Ketiga-tiga kami hanya termanggu apabila melihat kejadian berkenaan,” katanya.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya meminta bantuan orang ramai untuk membaiki tayar di sebuah bengkel berdekatan sekitar jam 7 pagi sebelum menyambung perjalanan menuju ke Miri.

Pemandu terbabit mendakwa bahawa tuah telah menyebelahi mereka bertiga memandangkan akibatnya boleh membawa maut sekiranya tayar tersebut tecabut ketika dalam perjalanan.

“Pengajarannya di sini ialah periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan jarak jauh. Peristiwa ini telah menyedarkan saya tentang betapa pentingnya saranan kerajaan berhubung isu terbabit,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment