Caption: FOKUS...Pengetua SMK Simanggang, Ibrahim Jamain ketika sedang mengendalikan sesi program berkenaan di Dewan Rafflesia kelmarin.
SRI AMAN, Khamis (22 Julai) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang telah mengadakan Program Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertempat di Dewan Rafflesia sekolah berkenaan kelmarin.
Program yang bermula pada 20 dan 22 Julai dari jam 8 pagi hingga 1.40 petang itu telah membabitkan seramai 210 orang pelajar tingkatan 5 dari sekolah berkenaan yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu Program Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan SPM ini membabitkan tunjuk ajar mengenai kertas peperiksaan Sejarah, Pendidikan Agama, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Matematik.
“Tujuan utama Program Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan SPM ini diadakan adalah untuk memberi didikan kepada pelajar tentang langkah yang bijak bagi menjawab soalan kertas peperiksaan SPM itu nanti.
“Dengan adanya program itu nanti maka pihak sekolah berharap agar dapat mencapai keputusan peperiksaan SPM yang lebih baik untuk tahun ini berbanding dengan keputusan peperiksaan SPM pada tahun lepas,” katanya.
Untuk menjayakan program ini pihak sekolah katanya telah menjemput pihak Jabatan Tenaga Kerja untuk menyampaikan ceramah mengenai hala tuju masa depan kerja dikalangan pelajar tersebut.
Kemudiannya Program Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan SPM 2010 ini katanya diteruskan lagi dengan pembentangan mengenai langkah menjawab soalan bagi kertas peperiksaan Sejarah dan Pendidikan Agama.
“Hari kedua perlaksanaan Program Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan SPM 2010 ini pula membabitkan kerja pembentangan teknik menjawab soalan bagi kertas peperiksaan Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Matematik,” menurut beliau.
Guru dan penyemak kertas peperiksaan dari SMK Kabong, SMK Saint Luke dan SMK Simanggang itu sendiri katanya telah dijemput bagi menyampaikan ceramah berhubung teknik menjawab soalan peperiksaan berkenaan.
“Justeru pihak sekolah berharap agar para pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang mereka peroleh ketika menjawab soalan kertas peperiksaan pada ujian SPM ini nanti,” katanya sambil menambah program berkenaan dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling PIBG SMK Simanggang.
Tamat.
No comments:
Post a Comment