Caption: MINTA PERTOLONGAN...Luke (tengah) bersama rakannya ketika menunjukkan banner yang memohon bantuan bernilai RM5 juta untuk membina Gereja Saint Luke baru di Sri Aman.
SRI AMAN, Jumaat (9 Julai) – Sekumpulan penduduk beragama Kristian meminta jasa baik Kerajaan Pusat untuk menghulurkan bantuan bernilai RM5 juta bagi membina sebuah Gereja Saint Luke yang baru di Jalan Munggu Sabun selepas ini.
Hasrat mengenai pertolongan bernilai RM5 juta untuk membina Gereja Saint Luke berkenaan telah disuarakan oleh Luke Sakalai Jabing menerusi laman blog dayaknation.com baru-baru ini.
Utusan Sarawak ketika menghubungi beliau berhubung perkara ini menjelaskan bahawa hasrat terbabit dikemukakan dalam blog itu memandangkan Gereja Saint Luke yang lama telah musnah dalam kebakaran lebih 10 tahun yang lepas.
“Sememangnya sudah terdapat banyak usaha dilakukan oleh wakil rakyat dan komuniti di sini untuk mengumpul dana bagi menjayakan projek pembinaan Gereja Saint Luke yang baru di Sri Aman.
“Bagaimanapun progress dilihat terlalu lambat. Justeru saya yakin dengan memaparkan hasrat ini menerusi blog dayaknation maka pihak kerajaan akan dapat menghulurkan bantuan kewangan bernilai RM5 juta untuk tujuan itu,” katanya.
Luke yakin bahawa bantuan kewangan yang dihulurkan oleh kerajaan untuk mempercepatkan lagi proses pembinaan Gereja Saint Luke yang baru akan dapat mengembirakan hati ramai penganut agama Kristian di Sri Aman selepas ini.
Justeru beliau meminta agar kerajaan mempertimbangkan hasrat mereka berhubung perkara ini ke arah merealisasikan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum itu.
Tamat.
selamat pagi.
ReplyDeletenuan ngaga banner nya bisi madah dulu ngagai urang ba gerija st luke? bisi madah ngagai Archdeacon Chimbie BUnsie?? Nn ngaga semua tu bc madah ke Bishop?
diminta luke sakalai dan bobby menjawab soalan ini.
ReplyDeletenama kebuah kitak mesti minta pemendar macam2 ngagai archdeacon la, sapa2 la...udah manah luke sakalai enggau bobby tu bc ati, bc inisiatif ka minta tulung ngagai perintah pusat...enti nganti kita ke semampai ngaga makai malam, tang duit ka asil nya nadai temu tunga, anang ke 10 taun, 100 taun nadai meh gerija kitai tu siap.
ReplyDelete