Caption: UNTUK ALBUM...Naroden (duduk tengah) bersama dengan (dari kanan sekali) Bujang, Masir, Harden, Majuan, Simoi dan Felicia ketika merakamkan gambar kenangan bersama penerima pada majlis itu hari ini.
SRI AMAN, Selasa (23 Feb) – Kawasan Simunjan dan Gedong akan berubah wajah selepas ini apabila kemudahan infrastruktur dinaiktaraf di kawasan terbabit menerusi peruntukan kerajaan bernilai RM137.2 juta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.
Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber, Haji Naroden bin Haji Majais berkata peruntukan berkenaan bakal memberi impak positif terhadap penduduk dari kedua-dua kawasan dengan bermulanya projek terbabit pada tahun ini.
“Daripada jumlah itu, pembinaan jalan baru dari Pekan Simunjan ke Gedong yang menelan kos bernilai RM123 juta akan menjimat masa perjalanan penduduk lebih daripada setengah jam berbanding sebelum ini.
“Manakala RM3 juta dari jumlah itu pula telah diluluskan untuk projek mendalami Sungai Simunjan. Jika projek itu sudah siap dilaksanakan kelak maka masalah banjir yang sering melanda penduduk Simunjan akan dapat ditangani selepas ini,” menurut beliau.
Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tamat Majlis Penyampaian Cek Pampasan Dan Surat Hakmilik Tanah di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.
Sambil mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan Najib berhubung masalah ini, Naroden juga berharap agar projek terbabit akan dapat memberi manfaat kepada 100,000 penduduk dari kawasan Simunjan, Sri Aman dan Betong di masa akan datang.
“Saya yakin kesemua projek ini akan memberi transformasi besar terhadap wajah pembangunan di kawasan Simunjan. Diharap agar projek pembinaan jalan Simunjan – Gedong, jalan Kampung Pantong (RM9 juta) , Simunjan dan projek mendalami Sungai Simunjan akan dapat berjalan lancar tahun ini,” katanya.
Naroden juga berkata bahawa penduduk di kawasan Simunjan sememangnya berasa amat gembira berhubung peruntukan bernilai RM137.2 juta yang diumumkan oleh Najib di situ kelmarin.
Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, ADUN Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, Timbalan Residen Sri Aman (Sosial), Felicia Tan, Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Mudin dan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman, Majuan Jeraie.
Naroden dan Harden pada majlis itu menyampaikan cek pampasan yang mencatatkan nilai keselurun berjumlah RM430,171.89 kepada 46 orang penerima dan surat hakmilik tanah kepada 77 orang penerima pada majlis itu.
Tamat.
Feel free to visit my news blog here also: newsriamannews.blogpsot.com
Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman
Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.
23 February, 2010
Simunjan dan Gedong bakal berubah wajah - Naroden
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bila dah dapat projek jangan lupa rakyat yang mengundi anda,,jalankan tanggungjawap anda,,dalam mambangunkan rakyat sekitar daerah simunjan hingga ka simpang punda,,ade banyak lagi kamudahan asas yang perlu untuk rakyat seperti api dan air ,.apa yang saya tahu ,lebih dari separuh penduduk simunjan belum ade kemudahan asas ,masih bergelap tak ade api latrik dan juga air,..asyik minum air perigi jerr,,,sejak 30 tahun yang lalu hingga sekarang belum ade lagi bekalan kamudahan asas rakyat ,,kamana pergi nyer,,peruntukkan tersebut,.rakyat tertanye-tanyer,.jangan sahaja lulus projek depan mata.pas tu ,,tak ade jadi apa2,.senyap jerr hingga lahh ade tarik mengundi baru nampak batang hidung minta undi rakyat macam itukah tabiat pemimpin kita zaman sekarang,.tolong tengok apa ade pembanggunan dari simpang punda hingga sampai pekan simunjan,kami anak jati kampung mawang perlu perhatian,.
ReplyDelete