Mugshot:
1. EMBAH...Kurang meriah
2.ELLISON...Jangan ambil kesempatan
SRI AMAN, Sabtu (13 Feb) – 14 Februari sudah semestinya menjadi tarikh yang cukup penting bagi pasangan kekasih atau pun suami isteri di seluruh dunia memandangkan tarikh berkenaan dianggap sebagai sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day.
Menerusi sambutan Hari Kekasih suami isteri mahupun pasangan yang sedang bercinta akan membelikan hadiah kepada pasangan masing-masing seperti bunga, jam tangan, dan barang perhiasan sebagai simbol ikatan kasih sayang atau cinta.
Bagaimanapun tinjauan rambang Utusan Sarawak hari ini mendapati bahawa suasana sambutan Hari Kekasih di bandar Sri Aman kurang meriah berbanding tahun yang sebelumnya.
Wilson Embah Harold, 22, berpendapat suasana sambutan Hari Kekasih di bandar Sri Aman kurang meriah memandangkan kurangnya gerai jalanan yang menawarkan jualan pelbagai jenis bunga kepada penduduk yang ingin menyambut hari berkenaan.
“Pada tahun lepas sambutan Hari Kekasih boleh dianggap meriah kerana terdapat individu yang mengambil inisiatif untuk membuka gerai sementara di Jalan Hospital bagi menjual bunga dan hadiah bersempena hari istimewa terbabit.
“Tetapi pada hari ini saya mendapati bahawa hanya satu gerai yang menawarkan jualan bunga kepada penduduk di bandar Sri Aman dan ini menyebabkan saya membeli hadiah lain untuk menyambut hari berkenaan,” katanya.
Bagi Ellison Lingoh atau Achan, 48, sambutan Hari Kekasih seharusnya dijadikan sebagai satu peluang bagi pasangan suami isteri untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan masing-masing.
Menerusi sambutan Hari Kekasih katanya, pasangan suami isteri atau pun kekasih perlu mengambil peluang untuk memperbaiki hubungan masing-masing secara lebih positif demi kebaikan bersama.
“Tetapi kepada pasangan yang belum bernikah jangan jadikan Hari Kekasih sebagai peluang untuk melakukan hubungan haram yang melanggari batas agama dan budaya ketimuran kaum kita.
“Sambutan Hari Kekasih di bandar Sri Aman tidak semestinya perlu meriah dengan adanya aktiviti jualan bunga di tepi jalan sebaliknya terpulang kepada cara kita untuk membina hubungan yang lebih positif bersama pasangan masing-masing,” katanya.
Tamat.

No comments:
Post a Comment