Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 February, 2010

Program kutipan sampah TBC MDSA 6 hingga 13 Februari


Musghot: JACK AMAN LUAT

SRI AMAN, Khamis (4 Feb) – Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) akan mengadakan Program Kutipan Sampah Pukal / Berat bermula 6 hingga 13 Februari ini bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Setiausaha MDSA, Jack Aman Luat menerusi kenyataan beritanya memberitahu Program Kutipan Sampah Pukal / Berat ini akan melibatkan kutipan terhadap bahan buangan isi rumah seperti perabot lama, peti sejuk, mesin basuh, almari dan sebagainya.

“Bermula 6 hingga 13 Februari ini, pihak MDSA akan mengadakan Program Kutipan Sampah Pukal / Berat terhadap tong sampah besar di 10 buah lokasi dalam sekitar Bandar Sri Aman.

“Kawasan terbabit adalah Jalan Pasir Panas Lorong 1 dan 2, Jalan Bayu (dekat simpang Taman Nanang), Taman Vistagro, Jalan Foochow (dekat Persatuan Buddist), Jalan Kejatau (simpang Jalan Langsat), Jalan Brayun (dekat Benevolent Society), simpang Taman Harmoni, Sabu Light Industrial Zone dan Taman Makmur Off Jalan Brayun,” katanya.

Justeru untuk menjayakan program terbabit, Jack meminta kerjasama orang ramai dari kawasan yang dimaksudkan untuk membuang sampah dalam beberapa buah tong sampah besar jenis Bulk Bin atau Roro Bin yang ditempatkan di sekitar kediaman masing-masing.

Beliau turut meminta kerjasama daripada orang ramai untuk sama-sama menjaga dan meningkatkan tahap kebersihan di Bandar Sri Aman selepas ini.

“Atas kesempatan pihak MDSA ingin merakamkan penghargaan terhadap orang ramai dalam Bandar Sri Aman kerana sentiasa memberikan sokongan terhadap pihak kami selama ini. Selamat Menyambut Tahun Barui Cina 2010,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment