Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 February, 2010

32 kontraktor dan bakal usahawan join kursus CIDB di Sadong Jaya, Simunjan

SADONG JAYA, Sabtu (16 Feb) – Seramai 32 orang kontraktor dan bakal usahawan menghadiri Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor CIDB bertempat di Pusat Sumber, Sadong Jaya pada 8 - 11 Februari lalu.

Kursus yang membabitkan para peserta dari kawasan Simunjan, Sadong Jaya, Asajaya, Semera dan kawasan berdekatannya itu bertujuan untuk membolehkan kontraktor sedia ada untuk memperolehi Contractor's Continuous Development (CCD) Points yang akan digunakan bagi memperbaharui pendaftaran dengan CIDB selepas ini.

Pengarah Urusan M-ARCORP ENTERPRISES Sdn Bhd, Mashan Haji Ahmad Rais, menerusi ucapannya pada kursus terbabit mengingatkan para peserta untuk mendaftarkan syarikat mereka dengan empat agensi kerajaan iaitu CIDB, PKK, UPK dan FFO.

“Lagipun semua kontraktor dan usahawan dinasihat agar untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjur dan diiktiraf oleh kerajaan sahaja,”katanya sambil menambah bahawa penceramah juga adalah penyedia kursus Kad Hijau yang ditauliahkan oleh pihak CIDB.

Justeru Mashan berharap kesemua peserta Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor CIDB ini dapat memanfaatkan sepenuhnya segala ilmu pengetahuan yang mereka perolehi demi meningkatkan kerjaya kontraktor masing-masing selepas ini.

Terdahulu Pegawai Tadbir Sarawak (SAO), Zainab binti Halip selaku mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Sadong Jaya) Dato Wan Abdul Wahab Sanusi telah menyempurnakan majlis penutupan yang telah diadakan pada hari Khamis lepas.

Dalam ucapan penutupannya beliau menekankan tentang pentingnya mereka yang hendak bergiat dalam industri pembinaan untuk menghadiri kursus tersebut dari masa kesemasa demi mempertingkatkan kompetensi masing-masing selepas ini.

“Kursus terbabit secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kompetensi setiapkontraktor dalam hal pengurusan bisnes dan aspek teknikal supaya mereka sentiasa berdaya saing dan maju selepas ini,” katanya.

Terdahulu bagi memantapkan pengetahuan dalam diri setiap peserta katanya sejumlah lima buah topik telah disampaikan menerusi kursus ini antaranya ialah Jaringan Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Sumber Dana dan Pembiayaan Projek, Perakaunan Projek serta Peruntukan Perundangan.

Di bawah Akta "Occupational Safety and Health Act" (OSHA) semua kontraktor dikehendaki mengikuti kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Untuk Pekeja Binaan atau kursus Kad Hijau selama SATU hari.


Tamat.

No comments:

Post a Comment