Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 October, 2011

SK Nanga Tebat, Lubok Antu adakan Perkhemahan Pengangkap













Caption:

1. UNTUK ALBUM...Kibin Jaya (belakang tiga kanan) bergambar kenangan bersama kakitangan guru SK Nanga Tebat dan peserta pengakap ketika berlangsungnya perkhemahan terbabit.

2. RAJIN...Para murid pengakap sedang memasang khemah masing-masing bersempena dengan program berkenaan di SK Nanga Tebat.

LUBOK ANTU, Ahad (23 Okt) – Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Tebat, Lubok Antu telah mengadakan aktiviti Kem 1 Ikatan Perkhemahan Pengakap yang berlangsung di padang sekolah berkenaan baru-baru ini.

Aktiviti anjuran Unit KoKurikulum SK Nanga Tebat itu telah dikendalikan oleh Penolong Kanan Ko- Kurikulum sekolah terbabit iaitu Zainol Ripin sambil disertai oleh 17 orang murid pengakap sekolah berkenaan.

Aktiviti kem yang bertujuan untuk mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis ikatan itu pada mulanya dirancang di kawasan Sungai Skrang namun dipindahkan ke kawasan padang sekolah berhubung faktor cuaca buruk.

“Kem ini dimulakan dengan aktiviti mencari buluh. Setiap patrol dibahagikan dengan 10 batang buluh sepanjang dua meterbagi menghasilkan gadjet berdasarkan kreativiti masing-masing.

“Ahli pengakap kemudiannya diberi peluang untuk minum petang, makan dan membersihkan diri sebelum mengambil bahagian dalam aktiviti malam unggun api, persembahan dan permainan kecil pada perkhemahan terbabit.

“Kita turut melakukan kejutan dalam perkhemahan ini apabila melaksanakan aktiviti Burung Hantu setelah para murid lena tidur menjelang jam 12 tengah malam,” kata jurucakap penganjur, Jessica Nur Farhana.

Aktiviti kem berkenaan katanya telah diserikan lagi dengan kehadiran Guru Besar SK Nanga Tebat, iaitu Kibin Jaya bersama dengan Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan HEM bagi menyempurnakan simbolik membakar unggun api di situ.

“Secara keseluruhan pihak sekolah telah melahirkan rasa bangga di atas penyertaan memberangsangkan daripada para murid terhadap Kem 1 Ikatan Perkhemahan Pengakap berkenaan.

“Justeru kami berharap agar Kem 1 Ikatan Perkhemahan Pengakap ini dapat memberi pengalaman yang cukup berharga terhadap para murid dalam menyertai aktiviti seperti itu pada masa akan datang,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment