Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 October, 2011

SK Jaong, Pantu juara keseluruhan Kejohanan Belapan di SK Munggu Bringin


Caption: TERIMA KASIH...Isa (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Mong (kiri) ketika berlangsungnya kejohanan terbabit baru-baru ini.

- 11 Okt
Sejumlah 11 buah sekolah dalam Zon Pantu telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-Sekolah Rendah Zon Pantu 2011 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Bringin, Pantu baru-baru ini.

11 buah sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Bringin, SK Jaong, SK Pantu, SJK Chung Hua Bangkong, SK Saint Leo Gayau, SK Keranggas, SK Saint Martin, SJK Chung Hua Pantu, SK Selanjan, SK Aping dan SK Abok.

Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-sekolah Rendah Zon Pantu 2011 ini menyaksikan SK Jaong muncul sebagai johan keseluruhan sambil diikuti oleh SK Pantu selaku naib johan dan SJK Chung Hua Bangkong sebagai pemenang tempat ke-3.

Gelaran Olahragawan bagi kejohanan ini telah dirangkul oleh Feldrick Dently anak Jamari dari SK Pantu manakala gelaran Olahragawati pula telah disandang oleh Victoria Timatius dari SK Munggu Bringin.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pelancongan Dan Warisan, Datuk Mong Dagang yang telah mengumumkan peruntukan bernilai RM 10,000 bagi menyokong kejohanan seperti itu dan juga peruntukan bernilai RM4,000 kepada PIBG SK Munggu Bringin.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden Hollis yang hadir pada majlis itu turut mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 bagi menyokong penganjuran sukan terbabit untuk tahun ini dan tahun hadapan.

Terdahulu pengerusi pengelola merangkap Guru Besar SK Munggu Bringin iaitu Isa Reff berkata acara tahunan bagi sekolah peringkat Zon Pantu itu bertujuan untuk mencungkil bakat para murid sekolah rendah dan seterusnya menonjol prestasi mereka ke peringkat lebih tinggi.

Kejohanan berkenaan katanya juga bersesuaian dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) dengan MGB Zon Pantu telah bertindak aktif dalam menganjurkan program ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment