Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 October, 2011

Sempena Karnival PBT di Sibu - Kontinjen Majlis Daerah Simunjan sahut cabaran!


Caption: KAMI SEDIA!!! Kontinjen MDS bergambar kenangan sebelum berangkat ke Sibu untuk menyertai Karnival Sukan PBT Sarawak 2011 bermula 7 hingga 9 Oktober kelak.

SIMUNJAN, Khamis (7 Okt) - Seramai 45 orang pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Simunjan (MDS) telah berangkat untuk menyertai Karnival Sukan PBT Sarawak 2011 yang akan berlangsung  di Bandar Sibu bermula dari 7 hingga 9 Oktober kelak.

Rombongan MDS ke Karnival Sukan PBT Sarawak 2011 berkenaan telah diketuai oleh ketua kontinjen iaitu Edi bin Amang yang bertolak dengan menggunakan enam buah kenderaan.

Edi ketika ditemui berkata ia merupakan kali ketiga pihak MDS menyertai Karnival Sukan PBT Sarawak 2011 berkenaan.

“Sebagai pasukan yang pernah menjadi juara acara badminton dan bolasepak sebelum ini, pasukan kami akan turut serta dalam acara futsal, bola tampar, dart, kerom, catur dan acara kegemaran iaitu badminton.

“Justeru pihak kami berharap agar dapat mengekalkan prestasi dalam beberapa acara pada Karnival Sukan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) Sarawak 2011 di Sibu ini nanti,” katanya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat, Dato Sri Wong Soon Koh dijangka akan menyempurnakan majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah bagi acara selama tiga hari itu nanti.

Turut serta mengiringi kontinjen MDS ialah Setiausaha MDS, Hajah Norhalimah binti Haji Mohd Hamni dan Ahli Majlis MDS, Kanselor Bong Kin Kong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment